I adore music. I love to act dumb, just to make you feel smart. People tell me I'm crazy... but at least I put myself out there. I'm not feminine, pink is just a color. One more thing, I'm blogging randomly, mostly about my life.

Thursday, 29 March 2012

Mr. Booboo

Assalamualaikum.
Dalam minggu lepas, aku memang busy sangat dan dalam masa yang sama, aku teraaaaaaaaaaaaaaaamat happy! Aku rasa macam aku ni bertuah giler! So kalau tengok dari huruf ‘A’ yang aku letak dalam perkataan ‘teramat’ tadi, memang agak over dan aku pun memang sangat happy over the top sekarang ni. Kenapa aku happy ni? Ok, pada sape-sape yang layan movie Twilight dari yang first sampai yang latest, mesti kenal la dengan pelakon-pelakon movie ni kan? Robert Pattinson, Kristen Stewart, Taylor Lautner dan ramai lagi. Baiklah, itu nama-nama yang memang dah femes tahap meja kat dunia ni. Macam mana pulak dengan watak-watak support movie ni? Tak kira la dari puak vampire atau wolf-pack. Ok sebenarnya aku memang failed kalau nak buat intro-intro ni. Sekian. So, meh aku list kan dulu siri sekuel Twilight yang ada. Check it out! :-


1) Twilight Saga
2) Twilight Saga : The New Moon
3) Twilight Saga : Eclipse
4) Twilight Saga : Breaking Dawn (Part 1)

Ada satu watak dalam movie ni namanya Seth Clearwater a.k.a Booboo Stewart. Dalam movie ni dia adik kepada Leah Clearwater merangkap anak kepada Harry Clearwater.



Rasanya familiar la kot bila aku dah tunjuk gambar dia. Watak dia start dari siri Twilight Eclipse. Innocent giler watak dia! Hadoi memang cair la. Actually, actor yang aku suka dalam movie tu haruslah Taylor Lautner kan. Haha. Kedua, Alex Meraz a.k.a Paul dari wolf-pack. Dan ketiga, si Booboo Stewart ni yang satu geng dengan si Paul dalam movie ni. Ok dipendekkan cite, baru-baru ni band 5-L (band under management si Booboo ni) ada buat UStream LIVE satu dunia. Dorang akan jawab crazy stuff yang fans tanya kat dorang melalui streaming ni. Seriously, dorang ni memang tersangatlah peramah dan dorang treat fans dorang more as a friends instead of ‘fans’. Apa yang buat aku teruja sampai tak tido malam bila finally dorang noticed aku! Dorang jawab soalan-soalan aku dan dorang gelak dengan statement aku. First streaming pada 20th March 2012 b’samaan dengan hari Selasa. Second streaming pada 21st March 2012. Aku memang ‘keri’ tahap dewa, seriously. Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. http://www.emocutez.com


Hari first tu aku tak berapa nak prepare sangat, so aku tak dapat nak capture respon-respon dorang. Just capture soalan je lah.

Soalan pertama.
Terkejut giler bila si Booboo tu respon kat soalan pertama ni. Dia wave kat skrin dengan senyuman menawan beliau tuh! Hadoi mau kena heart attack aku gini.

Soalan kedua.
Q yang ni, si Fivel yang baca then Booboo la yang jawab. Tak silap aku jawapan dia macam ni; "Yes. I love wrestling and I love Randy Orton. But I like Jeff Hardy."

Soalan ketiga.
Yang ni pun Fivel yang baca dan dia kata, "Just be confident and be pretty. Just be yourself everytime you're getting on stage." haaa.. Lebih tak kurang macam tu lah.

Sepanjang hari Selasa tu aku senyum tak hengat dunia. Berbunga-bunga hati ni. http://www.emocutez.com Bunga kertas pun boleh.. Untuk hari kedua, aku sempat capture respon dorang. So, to be continued..

p/s : Jiwa tengah girang dan gumbira. Buat satu entry panjang giler kang, boring.

Monday, 26 March 2012

Member Nak Kawin!

Assalamualaikum.
Mak aih.. lama dah aku tak hupdate blog ni. Sikit lagi nak bersawang. Sejak pindah PJ ni, rumah aku still takde internet. Kalau online pun, kat tempat keje je la. Haha.. Ape-ape pun, aku dah jumpe jalan untuk menghupdate blog ni dengan lebih kerap. Ok. So, Alhamdulillah dalam bulan Februari haritu aku dah dapat keje kat satu company ni. Keje aku tak la susah mana tapi penatnya boleh tahan. Masa aku mula-mula keje, aku agak happy sebab itu semua pengalaman baru untuk aku dan aku rasa, aku bertuah sebab berpeluang untuk start dari bawah. Jawatan yang aku dapat berlainan sekali dengan tugas yang aku kena buat. Keje aku termasuk la memfotostat, menaip, mem’filing’ dan macam-macam jenis MEM lagi la. Kalau ikutkan jawatan aku, itu takde dalam list keje yang aku kena buat. Tapi takpe la.. nak belajar dari bawah kan.. so why not la aku buat je keje-keje tu dengan ikhlas, betul tak? Jawatan tinggi-tinggi, kalau nak fotostat pun tak reti, spoil der.. Aku sebenarnya kali ni nak blogging pasal member aku yang sorang ni, which is dia akan tamatkan zaman bujang dia tak lama lagi (tak boleh blah ayat aku) dan dia pun memang dah jemput aku untuk sama-sama hadir kat majlis dia nanti. Kalau ikutkan kekangan keje, aku memang tak boleh datang tapi sebab member kan.. so aku try jugak untuk cuti. Secara jujur, aku memang happy giler bagi pihak dia. Memang betul-betul tak sangka yang dia akan kawin secepat ni. Aku pakwe pun takde lagi. http://www.emocutez.com Cet! Takpe la tu, kire dia advance sikit dari kami-kami yang single ni. Haha. Colleague aku pernah tanya kat aku, “Kenapa awal sangat dia kawin?”, “Umur dia berapa? Umur pakwe dia berapa?”, “Dia tak sambung belajar ke?” dan berjuta lagi soalan yang berunsurkan penyibuk. Pada aku, umur tak menjadi masalah. Tak bermakna dia kawin awal, dia confirm takde cita-cita. Memang korak ah sape yang berfikiran macam tu. Pada aku juga, dia buat something yang baik. Berbanding mereka-mereka a.k.a anak-anak remaja sekarang yang gemor betul kawin lari la, kawin kat sempadan la, Lombok la. Hadoi. Lagi senak perut nak pikir masalah-masalah macam tu.

So, berbalik pada member aku ni tadi, masa sekolah menengah dulu kitorang tak rapat pun dan puak dia selalu sangat bergaduh dengan puak aku. Ala.. bese la mende-mende camni masa sekolah dedulu kan..? Tapi aku start rapat dengan dia since form 6. Aku tak sangka daripada bermusuh, kitorang boleh jadi kawan baik. Tu serba sedikit history aku dengan dia la. Dan part yang tacingnya, bila dia call aku semata-mata nak jemput aku datang majlis dia nanti. BFF aku zaman sekolah dulu pun tak buat camni untuk jemput aku gi kenduri. Haha. Tu lah beza kawan dengan ‘kawan’. Lu pikirlah sendiri. Warna tema wedding dia nanti BLUE TORQOIUSE! Sawan jugak aku nak gi cari baju supaya bertepatan dengan tema ni. Hurr... hadiah wedding dia, aku dah tau nak beli apa. Puas jugak pikir nak bagi apa. Thanks la pada kakak aku. Idea beliau memang genius. Pinggan mangkuk & alat elektrik ni perkara biasa kan. Kalau boleh nak la jugak usha mende lain dari yang lain. Lagi pun bukan hari-hari member aku kawin. Huehue.. aku dengan Along memang dah semangat giler nak gi. Aku harap-harap jangan la ada aral melintang pokok ara pulak. Semoga aku selamat sampai dan selamat hadir kat majlis tu nanti. Aminn.. Dan kepada Bella, aku doakan kau dengan suami, Edward Cullen (eh bukan) bahagia dan berkekalan la hingga ke akhir hayat seterusnya berkekalan hingga ke syurga. http://www.emocutez.com



p/s : Haruslah LOVE dan aku nak anak terus, boleh? Teehee.

Thursday, 2 February 2012

MBLAQ Appa! (Part 1)

Assalamualaikum.
Seminggu lebih ni memang aku tengah giler dengan satu reality show ni. (forever intro aku failed) Nama show tu Hello Baby. Dah nak masuk season 5 dah pun. Dan yang latest ni secara spesifiknya bertajuk MBLAQ Hello Baby. Season 1, SNSD Hello Baby. Season 2, SHINee. Season 3, T-ARA. Season 4, Sistar dan Leeteuk. Dan yang aku nak share ni pasal season 5 ni la memandangkan yang season lain aku tak berapa nak layan. First, aku memang minat MBLAQ. Kira aku ni A+ la.. (nama fanclub dorang) Dorang semua memang cool giler, dorky dan memang sporting habis la! Ok, berbalik kepada topik asal.. Hello Baby yang kali ni dorang ambil bebudak multi-cultural. Ala.. senang cerita, bebudak mix. So, ada 3 orang. Lauren, Leo dan Dayoung. Dorang ni ditugaskan untuk jaga bebudak ni selama 3 bulan.


Lauren, Aegyo Princess (4D). Dia ni mix Kanada + Korea.


Leo, Trouble Maker Boy. Dia ni mix French + Korea.


Dayoung, Ice Princess/Bloody Boss. Dia ni mix Vietnam + Korea.

Dorang ni memang sangat cute! Salah satu sebab aku tertarik nak tengok season ni adalah kerana aku nak tengok macam mana jejaka-jejaka bujang yang tak pernah ada anak menguruskan budak-budak multi-cultural macam dorang ni. Budaya, pemakanan dorang pun agak berlainan. Tapi jangan percaya dengan kekiutan dan kemiutan mereka ni. Kadang-kadang dorang jugak boleh jadi dorky. Haha..


Ni part Leo marah Seungho appa tak nak share makanan dengan dia.


Ni part Lauren tunjuk kaki bila MBLAQ cakap kaki manager dorang busuk. Cute!


Ni part Dayoungie pouting bila semua orang terkejut yang dia breakfast makan steak.

Ni bukan pasal korang minat atau tak dengan K-pop ni. Memang takde kena-mengena. Kalau korang suka budak-budak, ni salah satu show aku nak recommend la. Pairing dia Seungho-Lauren, G.O-Dayoungie dan Cheondoong-Leo. Ni semua sebab dorang yang bebudak ni dulu. Siapa cepat, anak dia. Haha. Joonie dan Mir jadi ayah dan anak sesama sendiri sebab dorang takde pairing. LOL. Setakat ni, pairing yang paling cute sekali memang Seungho dengan Lauren la. Lauren tu dengar cakap dan semua orang memang suka dia. Yang macam reluctant sikit, si Dayoungie ni sebab dia macam ada rival issue dengan Lauren. Orang semua suka Lauren kan.. So maybe dia rasa tersisih.. Tu memang dah kira lumrah bila ada situasi member kita lebih disukai ramai kan.. http://www.emocutez.comEh tiba selit pulak..

So, kalau korang nak geledah lagi, korang, korang boleh pergi dekat tumblr aku atau klik je dekat SINI dan cari sendiri la sendiri. Hahaha.. banyak sampah-sampah kiut dekat situ.. Pandai-pandai la bawak diri. Obviously, Dayoungie ni macam jeles dengan Lauren ni sebab dia kurang diberi perhatian. Mak dia pun dah cakap yang Dayoungie ni memang teramat pemalu dan chic. Maknanya, bila-bila masa dia boleh tukar jadi ceria ataupun jadi muram. Ada satu scene tu dia jeles sangat bila G.O appa dia main air dengan Lauren instead of dia. Yang aku sukanya, Joonie dan Cheondoong memang bagi all out la effort dorang nak rapat dengan Dayoung tu. Ramai yang cakap cara Joonie tak betul nak didik anak, tapi pada aku, tindakan dia ada betulnya. Dia memang tak masuk dalam swimming pool tu selagi Dayoung tak masuk, pastu dia nampak Dayoung muram, terus dia puji Dayoung ni macam PRINCESS. Serius sweet.http://www.emocutez.com Apapun, baru episod 2 kot. Aku tengah tak sabar nak tengok episod 3 ni. Aku percaya dengan Joonie! Yes fighting! To be continued la gamaknya.. 






Sape-sape nak tengok boleh tengok/subscribe kat sini: TheNomNomApple (just click).

p/s: If possible aku nak je sumbat semua gambar and gif yang ada ni.. Tapi dah tersumbat dekat tumblr dulu. Maybe lain kali.

Monday, 30 January 2012

Resume Oh Resume

Assalamualaikum.
Selepas setahun menganggur dan jalan-jalan sana sini, akhirnya aku rasa dah sampai masanya untuk aku buat something pada diri aku ni. Memang dalam setahun lepas aku rasa useless giler. Tak tau la pasal apa aku frust menonggeng sangat. First, application aku nak masuk U tak approve. So pada aku, fine.. Maybe takde rezeki aku lagi. Bukan niat aku nak menganggur lama-lama. Just paham-paham je lah situasi budak baru habis sekolah. http://www.emocutez.com Aku suka bekerja. Aku suka cari duit sendiri. Aku sukakan cabaran. Pada aku mende-mende tu semua la yang mengajar aku untuk jadi manusia yang lebih baik. Contohnya, masa aku baru habis SPM. Aku kerja sebagai cashier je kat Tunas Manja. Kerja tu memang sangat penat. Masuk awal dalam 6:30 pagi, balik dalam pukul 11:30 malam. Tapi aku puas dan aku suka. Yang aku tak sukanya, persekitaran baru. Aku ni jenis yang tak banyak cakap kalau dengan strangers. Aku memang pendiam. Lain tempat lain perangai kan..? Memang ada masanya aku rasa down.. Sebab kadang-kadang ada pergaduhan sikit, konflik matawang dengan customer yang bukan semua reti bahasa dan lain-lain lagi. Haha. Ape punya ayat daa.. Kadang-kadang aku fikir, kenapa aku kena kerja? Haa.. Sekarang aku dah jumpa jawapan dia.. Aku kena kerja sebab aku kena ringankan beban mummy terchenta aku. Hewhew. Ok abaikan.

So semalam bermulalah episod aku kelam-kabut nak buat resume. Last aku buat resume masa aku form 5. Itu pun masa tahun 2008 dan untuk homework Bahasa Inggeris. Teacher Ruby punya homework la ni.. Dah memang style aku, jenis buat kerja last minute. Pada aku, kerja last minute ni banyak memberi ilham-ilham spontan yang tak diduga.. Puii.. Daripada meniarap sampai sakit pinggang, aku beralih ke posisi duduk dengan memangku lappy ni atas riba. Sakit montot pulak lepas tu.. Maka aku pun mencari idea lain.. Ting!


Rumah ni takde meja, maka kotak lah yang aku guna. Haha. Alhamdulillah aku ada dua orang kakak yang sangat baik hati, kiut, pemurah, bla bla bla (bodek) yang tolong aku. Kalau aku sorang, aku rasa aku hantar kertas kosong je kot. Haha. Aku sangat nervous ni nak pergi interview. http://www.emocutez.com Ya Allah.. Kau permudahkan la urusan aku nanti.. Aminn.. Doakan aku ok jugak ok?

Sunday, 29 January 2012

Jari Ketot Warna Oren

Assalamualaikum.
Aku sebenarnya kan, ada kuku jari yang sangat kecik. Atau dalam kata lainnya, jari ketot. Haha. Kalau dulu, aku selalu tak konfiden je dengan jari-jari / tangan aku ni. Tapi, satu hari, semua ini berubah selepas aku post gambar jari aku dekat twitter pada 17 Januari 2012.


See? Agak kelakar kan? Tapi aku rasa best je kot. Siap warna oren lagi.. Haha.. Jangan khuatir, itu inai. Memang dah feberet pakai inai sebelah tangan je. Kemudian, akak ni pun kata:


Kemudian, aku pun kata:


Dan..........


Maka pabila aku terima pujian yang macam tu, aku pun macam..........


So, kesimpulannya, bersyukur dengan setiap apa yang kita ada. Tak semestinya mende yang buruk pada kita, buruk pada orang lain jugak. Masih ada orang yang nampak 'cantiknya' pada mende yang kita ingat buruk tu. Saya semakin yakin dengan jari-jemari saya.. Eceh dah macam iklan Garnier pulak. Biar pun sorang je yang puji gitu, efeknya, saya sangat happy.. Sampai sekarang. Peace.

p/s: I don't even know that person in real life.

Saturday, 28 January 2012

B.A.P - Best Absolute Perfect

Assalamualaikum.
Recently, aku suka betul dengan Korean group ni; B.A.P. Walaupun aku ni kpop fans, aku bukan jenis yang senang nak suka dengan satu-satu group tu. For me, kalau dorang betul-betul talented, aku komfem akan suka. Kalau kacak bergaya tu kira bonus la kan? Haha. B.A.P ni debut baru lagi, pada hari Jumaat kat Music Bank dengan bertarikhkan 27 Januari 2012. Ecewah. Complete semua. Sebelum dorang ni debut, si Bang Yong Guk (@realjepp) ni dah kira famous dah sebab dia ni pernah buat featuring dengan Ji Eun dari kumpulan Secret. Bang Yong Guk ni leader, first dia muncul dulu, memang tangkap lentok la sebab suara dia jenis husky-husky kan. Woah. Semangat aku menaip. Bang Yong Guk dengan Zelo (@ZELO96) dah pernah datang Malaysia untuk promote group dorang ni la. Kira macam mini-fanmeeting.





Sumpah jealous tengok gambar yang last tu. Sobs. http://www.emocutez.com Takpe la kan.. Bukan rezeki nak bergambar macam tu lagi. Tapi kemungkinan besar, dorang ni akan datang lagi bulan Mac ni. Kalau betul datang, komfem aku pergi! Yeah! Korang boleh check their video out kat youtube. Taip je "B.A.P - Warrior". Komfem korang impress.. (bagi kpop fans la)


Dari segi tarian pulak, memang superb hingga menjilat jari. Check this gif out:





See that stepping and crumping? Wah! http://www.emocutez.com

p/s: Zelo has a badass smirk. Heh. I'm a fangirl!

Friday, 20 January 2012

Night Market

Assalamualaikum.
Semalam pegi jalan-jalan dekat pasar malam Ampang. Tak beli banyak mende pun.. Dapat la rembat yong tau fu dengan laksa. Wah! Superb giler punye kenyang! Aku memang suka makan. http://www.emocutez.com


Ni aku tak tau la laksa penang ke laksa johor.. Yang aku tau, ini laksa.


Tadaa! Yong tau fu ni dah dalam keadaan yang patut dicensoredkan.

Kalau ikutkan nafsu, agaknya memang banyak lagi la yang aku beli. Semua boleh bikin kecur air liur. Burger, apam balik, ayam madu, dll. Tapi lebih baik kalau kita bersederhana kan? Islam kan mengajar kita supaya bersederhana. Dua mende tu pun memang dah buat perut aku bulat. Inikan pulak kalau beli macam-macam. Takut membazir pulak kan.. Ape pun, terima kasih sekali lagi kat kakak yang pemurah. Tak sudah-sudah belanja aku makan. Thumbs up!

p/s: Banyak betul manusia pelik semalam.