Seminggu lebih ni memang aku tengah giler dengan satu reality show ni. (forever intro aku failed) Nama show tu Hello Baby. Dah nak masuk season 5 dah pun. Dan yang latest ni secara spesifiknya bertajuk MBLAQ Hello Baby. Season 1, SNSD Hello Baby. Season 2, SHINee. Season 3, T-ARA. Season 4, Sistar dan Leeteuk. Dan yang aku nak share ni pasal season 5 ni la memandangkan yang season lain aku tak berapa nak layan. First, aku memang minat MBLAQ. Kira aku ni A+ la.. (nama fanclub dorang) Dorang semua memang cool giler, dorky dan memang sporting habis la! Ok, berbalik kepada topik asal.. Hello Baby yang kali ni dorang ambil bebudak multi-cultural. Ala.. senang cerita, bebudak mix. So, ada 3 orang. Lauren, Leo dan Dayoung. Dorang ni ditugaskan untuk jaga bebudak ni selama 3 bulan.
Lauren, Aegyo Princess (4D). Dia ni mix Kanada + Korea.
Leo, Trouble Maker Boy. Dia ni mix French + Korea.
Dayoung, Ice Princess/Bloody Boss. Dia ni mix Vietnam + Korea.
Dorang ni memang sangat cute! Salah satu sebab aku tertarik nak tengok season ni adalah kerana aku nak tengok macam mana jejaka-jejaka bujang yang tak pernah ada anak menguruskan budak-budak multi-cultural macam dorang ni. Budaya, pemakanan dorang pun agak berlainan. Tapi jangan percaya dengan kekiutan dan kemiutan mereka ni. Kadang-kadang dorang jugak boleh jadi dorky. Haha..
Ni part Leo marah Seungho appa tak nak share makanan dengan dia.
Ni part Lauren tunjuk kaki bila MBLAQ cakap kaki manager dorang busuk. Cute!
Ni part Dayoungie pouting bila semua orang terkejut yang dia breakfast makan steak.
Ni bukan pasal korang minat atau tak dengan K-pop ni. Memang takde kena-mengena. Kalau korang suka budak-budak, ni salah satu show aku nak recommend la. Pairing dia Seungho-Lauren, G.O-Dayoungie dan Cheondoong-Leo. Ni semua sebab dorang yang bebudak ni dulu. Siapa cepat, anak dia. Haha. Joonie dan Mir jadi ayah dan anak sesama sendiri sebab dorang takde pairing. LOL. Setakat ni, pairing yang paling cute sekali memang Seungho dengan Lauren la. Lauren tu dengar cakap dan semua orang memang suka dia. Yang macam reluctant sikit, si Dayoungie ni sebab dia macam ada rival issue dengan Lauren. Orang semua suka Lauren kan.. So maybe dia rasa tersisih.. Tu memang dah kira lumrah bila ada situasi member kita lebih disukai ramai kan.. Eh tiba selit pulak..
So, kalau korang nak geledah lagi, korang, korang boleh pergi dekat tumblr aku atau klik je dekat SINI dan cari sendiri la sendiri. Hahaha.. banyak sampah-sampah kiut dekat situ.. Pandai-pandai la bawak diri. Obviously, Dayoungie ni macam jeles dengan Lauren ni sebab dia kurang diberi perhatian. Mak dia pun dah cakap yang Dayoungie ni memang teramat pemalu dan chic. Maknanya, bila-bila masa dia boleh tukar jadi ceria ataupun jadi muram. Ada satu scene tu dia jeles sangat bila G.O appa dia main air dengan Lauren instead of dia. Yang aku sukanya, Joonie dan Cheondoong memang bagi all out la effort dorang nak rapat dengan Dayoung tu. Ramai yang cakap cara Joonie tak betul nak didik anak, tapi pada aku, tindakan dia ada betulnya. Dia memang tak masuk dalam swimming pool tu selagi Dayoung tak masuk, pastu dia nampak Dayoung muram, terus dia puji Dayoung ni macam PRINCESS. Serius sweet. Apapun, baru episod 2 kot. Aku tengah tak sabar nak tengok episod 3 ni. Aku percaya dengan Joonie! Yes fighting! To be continued la gamaknya..
Sape-sape nak tengok boleh tengok/subscribe kat sini: TheNomNomApple (just click).
p/s: If possible aku nak je sumbat semua gambar and gif yang ada ni.. Tapi dah tersumbat dekat tumblr dulu. Maybe lain kali.