I adore music. I love to act dumb, just to make you feel smart. People tell me I'm crazy... but at least I put myself out there. I'm not feminine, pink is just a color. One more thing, I'm blogging randomly, mostly about my life.

Monday 30 January 2012

Resume Oh Resume

Assalamualaikum.
Selepas setahun menganggur dan jalan-jalan sana sini, akhirnya aku rasa dah sampai masanya untuk aku buat something pada diri aku ni. Memang dalam setahun lepas aku rasa useless giler. Tak tau la pasal apa aku frust menonggeng sangat. First, application aku nak masuk U tak approve. So pada aku, fine.. Maybe takde rezeki aku lagi. Bukan niat aku nak menganggur lama-lama. Just paham-paham je lah situasi budak baru habis sekolah. http://www.emocutez.com Aku suka bekerja. Aku suka cari duit sendiri. Aku sukakan cabaran. Pada aku mende-mende tu semua la yang mengajar aku untuk jadi manusia yang lebih baik. Contohnya, masa aku baru habis SPM. Aku kerja sebagai cashier je kat Tunas Manja. Kerja tu memang sangat penat. Masuk awal dalam 6:30 pagi, balik dalam pukul 11:30 malam. Tapi aku puas dan aku suka. Yang aku tak sukanya, persekitaran baru. Aku ni jenis yang tak banyak cakap kalau dengan strangers. Aku memang pendiam. Lain tempat lain perangai kan..? Memang ada masanya aku rasa down.. Sebab kadang-kadang ada pergaduhan sikit, konflik matawang dengan customer yang bukan semua reti bahasa dan lain-lain lagi. Haha. Ape punya ayat daa.. Kadang-kadang aku fikir, kenapa aku kena kerja? Haa.. Sekarang aku dah jumpa jawapan dia.. Aku kena kerja sebab aku kena ringankan beban mummy terchenta aku. Hewhew. Ok abaikan.

So semalam bermulalah episod aku kelam-kabut nak buat resume. Last aku buat resume masa aku form 5. Itu pun masa tahun 2008 dan untuk homework Bahasa Inggeris. Teacher Ruby punya homework la ni.. Dah memang style aku, jenis buat kerja last minute. Pada aku, kerja last minute ni banyak memberi ilham-ilham spontan yang tak diduga.. Puii.. Daripada meniarap sampai sakit pinggang, aku beralih ke posisi duduk dengan memangku lappy ni atas riba. Sakit montot pulak lepas tu.. Maka aku pun mencari idea lain.. Ting!


Rumah ni takde meja, maka kotak lah yang aku guna. Haha. Alhamdulillah aku ada dua orang kakak yang sangat baik hati, kiut, pemurah, bla bla bla (bodek) yang tolong aku. Kalau aku sorang, aku rasa aku hantar kertas kosong je kot. Haha. Aku sangat nervous ni nak pergi interview. http://www.emocutez.com Ya Allah.. Kau permudahkan la urusan aku nanti.. Aminn.. Doakan aku ok jugak ok?

Sunday 29 January 2012

Jari Ketot Warna Oren

Assalamualaikum.
Aku sebenarnya kan, ada kuku jari yang sangat kecik. Atau dalam kata lainnya, jari ketot. Haha. Kalau dulu, aku selalu tak konfiden je dengan jari-jari / tangan aku ni. Tapi, satu hari, semua ini berubah selepas aku post gambar jari aku dekat twitter pada 17 Januari 2012.


See? Agak kelakar kan? Tapi aku rasa best je kot. Siap warna oren lagi.. Haha.. Jangan khuatir, itu inai. Memang dah feberet pakai inai sebelah tangan je. Kemudian, akak ni pun kata:


Kemudian, aku pun kata:


Dan..........


Maka pabila aku terima pujian yang macam tu, aku pun macam..........


So, kesimpulannya, bersyukur dengan setiap apa yang kita ada. Tak semestinya mende yang buruk pada kita, buruk pada orang lain jugak. Masih ada orang yang nampak 'cantiknya' pada mende yang kita ingat buruk tu. Saya semakin yakin dengan jari-jemari saya.. Eceh dah macam iklan Garnier pulak. Biar pun sorang je yang puji gitu, efeknya, saya sangat happy.. Sampai sekarang. Peace.

p/s: I don't even know that person in real life.

Saturday 28 January 2012

B.A.P - Best Absolute Perfect

Assalamualaikum.
Recently, aku suka betul dengan Korean group ni; B.A.P. Walaupun aku ni kpop fans, aku bukan jenis yang senang nak suka dengan satu-satu group tu. For me, kalau dorang betul-betul talented, aku komfem akan suka. Kalau kacak bergaya tu kira bonus la kan? Haha. B.A.P ni debut baru lagi, pada hari Jumaat kat Music Bank dengan bertarikhkan 27 Januari 2012. Ecewah. Complete semua. Sebelum dorang ni debut, si Bang Yong Guk (@realjepp) ni dah kira famous dah sebab dia ni pernah buat featuring dengan Ji Eun dari kumpulan Secret. Bang Yong Guk ni leader, first dia muncul dulu, memang tangkap lentok la sebab suara dia jenis husky-husky kan. Woah. Semangat aku menaip. Bang Yong Guk dengan Zelo (@ZELO96) dah pernah datang Malaysia untuk promote group dorang ni la. Kira macam mini-fanmeeting.





Sumpah jealous tengok gambar yang last tu. Sobs. http://www.emocutez.com Takpe la kan.. Bukan rezeki nak bergambar macam tu lagi. Tapi kemungkinan besar, dorang ni akan datang lagi bulan Mac ni. Kalau betul datang, komfem aku pergi! Yeah! Korang boleh check their video out kat youtube. Taip je "B.A.P - Warrior". Komfem korang impress.. (bagi kpop fans la)


Dari segi tarian pulak, memang superb hingga menjilat jari. Check this gif out:





See that stepping and crumping? Wah! http://www.emocutez.com

p/s: Zelo has a badass smirk. Heh. I'm a fangirl!

Friday 20 January 2012

Night Market

Assalamualaikum.
Semalam pegi jalan-jalan dekat pasar malam Ampang. Tak beli banyak mende pun.. Dapat la rembat yong tau fu dengan laksa. Wah! Superb giler punye kenyang! Aku memang suka makan. http://www.emocutez.com


Ni aku tak tau la laksa penang ke laksa johor.. Yang aku tau, ini laksa.


Tadaa! Yong tau fu ni dah dalam keadaan yang patut dicensoredkan.

Kalau ikutkan nafsu, agaknya memang banyak lagi la yang aku beli. Semua boleh bikin kecur air liur. Burger, apam balik, ayam madu, dll. Tapi lebih baik kalau kita bersederhana kan? Islam kan mengajar kita supaya bersederhana. Dua mende tu pun memang dah buat perut aku bulat. Inikan pulak kalau beli macam-macam. Takut membazir pulak kan.. Ape pun, terima kasih sekali lagi kat kakak yang pemurah. Tak sudah-sudah belanja aku makan. Thumbs up!

p/s: Banyak betul manusia pelik semalam.

Wednesday 18 January 2012

Burger Oh Burger

Assalamualaikum.
Hari ni sangat hepi sebab kakak aku belanja makan burger Prosperity! Huehue. Aku tak tau la kenapa angin dia tetiba je baik hari ni.. Petang tadi aku nampak iklan mekdi tu, aku pun cakap la yang aku dah lama tak makan burger tu (padahal baru makan masa kat Sarawak haritu.. hehe..) Tetiba je dia ajak aku pegi makan. Aku pun mula-mula macam tak percaya la jugak. Apepun, burger tersebut sudah selamat berada dalam perut aku sekarang. http://www.emocutez.com


Nampak tak burger tu dengan senyuman? Tu dipanggil senyuman bawang. LOL


Nom nom nom (yum yum yummy)


Tadaa! Beef Prosperity Burger!

Oh, by the way, Happy Chinese New Year kepada semua rakyat cina di Malaysia! Terima kasih bebanyak dekat kakak yang belanja aku hari ni. Terima kasih daun keladi, esok-esok belanja lagi. Peace!

p/s: Saya sayang kakak saya. http://www.emocutez.com

Tuesday 17 January 2012

Metafora Persahabatan (Part 1)

Assalamualaikum.
Hari ni aku terfikir pasal satu mende. Mende ni asyik dok pusing-pusing je dalam kepala otak aku ni.. Apa erti persahabatan tu sebenarnye ye? Adakah persahabatan tu just untuk sementara? Bila dah jumpa orang lain, kita kena lupakan kawan lama kita? Macam tu ke? Aku tak paham sebab pada aku, persahabatan ni kena kekal selamanye. Tak kiralah jauh mana kite pergi, sepatutnya hubungan tu jadi makin kuat dan erat. Bukannya jadi awkward.. Alasan, sebab dah lama tak jumpa dan takde mende dah yang nak disharekan. Mende ni berlaku jugak pada aku, which is BFF aku masa sekolah menengah. Kitorang dah kenal dari form 1, sampai form 5. Lepas form 5, masing-masing ikut haluan sendiri. Since dari tu la, adegan cari pasal dekat facebook bermula. Aku betul-betul tak paham.. Perlu ke nak gaduh-gaduh bagai? Ada satu hari tu, kawan aku yang sorang ni hantar mesej kat aku, dia cakap aku dah lupakan dia dan macam-macam lagi la. Hanya Allah e yang tau agaknya kebenaran disebalik 'tuduhan' dia tu. Masa tu, aku betul takde kredit. Dia tak bagi aku peluang langsung nak explain. So, di situ, aku dah hilang lagi sorang kawan aku. Sampai sekarang pun, kitorang memang takde contact. Biarlah dia nak cakap aku ego atau ape pun, cumanye, hati aku memang dah sakit sangat. http://www.emocutez.com Kalau memember lelaki pulak, tak payah cakap la. Ada sorang ni, die follow aku kat twitter, then bila aku follow back, die unfollow pulak aku. Sedangkan kawan-kawan aku yang lain dia follow pulak. Memang nampak macam remeh je.. Tapi selepas apa yang kitorang dah tempuh sama-sama since kecik sampai besar, aku rasa macam tak patut aku kena layan macam tu. Apa salah aku? Adakah disebabkan kitorang tak sefahaman, die nak treat aku macam tu? Ibarat aku ni macam fungi pulak kat die. Adoyai. Aku pun nak borak-borak dengan dorang macam dorang buat dengan kawan-kawan aku yang lain. Tapi malangnya, aku memang tak boleh nak dapat mende-mende tu semua. Dan aku jadi serba salah bila dorang buat baik dengan aku. Aku akan terfikir; "dia ni ikhlas ke dengan aku?", "dia ni dah kenape?" dan macam-macam lagilah bayangan yang menerjah masuk dalam otak aku yang dah takde space ni. Sedih woo.. Dari sekolah dulu dah dorang ni macam tak pueh hati dengan aku.. Apa salah aku weh? Aku ni annoying sangat ke? http://www.emocutez.com Aku just ikut flow dorang jela..Nak lebih-lebih, tu jelas sekali bukan stail aku. Aku ni ala-ala Horatio; cool abis la kunun. Haha. Aku memang dah tekad yang aku takkan pegi apa-apa majlis yang ada dorang. Contohnya, reunion la kan. Memang la aku tak salah dan aku tak perlu takut.. Tapi aku sangat benci awkward situation. Kalau boleh, aku nak sangat semua hepi je masa reunion. Tapi takpe la. Mende tu memang dah takde dalam list aku. Nak buat macam mane kan..? (to be continued...)

p/s: I miss being a kid. No one cared how you dressed, we were all friends, and you could be yourself. When did we turn so judgmental?

Thursday 12 January 2012

Rumah Kakak..

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, hari ni masih bisa melayari internet. Sementara tunggu keje ni kan. Masuk hari ni dah dekat seminggu jugak la aku lepak dekat rumah kakak aku. Keje aku sekarang cuma makan, tido, berinternet. Ya Allah.. Macam mana la nak kaya kalau macam ni.. Haha. Actually, aku memang suka nak lepak-lepak dekat rumah kakak aku ni sebabnya; satu, sebab ada INTERNET (hehe), kedua, sebab kat sini ada pemandangan yang sangat cantek.. Kau ada? Haha.. Ada la jugak 2 gambar yang sempat aku snap dari tingkap rumah kakak aku ni. Pada aku, scene dia cantik sangat.



Kan? Cantik kan? Boleh nampak satu KL. Gambar pertama tu actually boleh nampak KL City ni dan gambar kedua tu pulak sebenarnya gambar langit.. Cantik sangat.. Warna langit time tu lain sikit. Tapi disebabkan aku tak menggunakan kamera DSLR yang canggih-canggih, maka hasilnya tidak la canggih juga. Kelam kan? http://www.emocutez.com Bese la.. snap dari handphone je.. Handphone pulak 2.0 megapixel je.. Haha. Yang nampak macam tiang kecik bercahaya dalam gambar tu, haa.. tu KLCC sebenarnya. Kalau tak nampak jugak, sila pakai kanta pembesar. Dari sini jugak dapat rasa angin sepoi-sepoi tak reti bahasa.. cewah.. Pada aku, Malaysia adalah salah satu negara yang sangat bertuah sebab penduduk kat sini masih boleh rasa mende-mende ni semua. Sesetengah penduduk negara lain mungkin tak dapat rasa macam ni kan? Scene paling cantik aku rasa time senja tapi takkan la aku nak bertenggek kat tingkap rumah waktu senja pulak kan.. Ape pun, Alhamdulillah syukur sebab aku still dapat rasa semua nikmat yang Allah bagi ni. http://www.emocutez.com

p/s: I love Malaysia. It's cozy. Awesome.

Wednesday 11 January 2012

Waiting Outside The Lines

You'll never enjoy your life,
living inside the box
You're so afraid of taking chances,
how you gonna reach the top?

Rules and regulations,
force you to play it safe
Get rid of all the hesitation,
it's time for you to seize the day

Instead of just sitting around
and looking down on tomorrow
You gotta let your feet off the ground,
the time is now

I'm waiting, waiting, just waiting,
I'm waiting, waiting outside the lines
Waiting outside the lines
Waiting outside the lines

Try to have no regrets
even if it's just tonight
How you gonna walk ahead
if you keep living blind

Stuck in that same position,
you deserve so much more
There's a whole world around us,
just waiting to be explored

Instead of just sitting around
and looking down on tomorrow
You gotta let your feet off the ground,
the time is now, just let it go

Don't wanna have to force you to smile
I'm here to help you notice the rainbow
Cause I know,
What's in you is out there

I'm trying to be patient
the first step is the hardest
I know you can make it,
go ahead and take it

You'll never enjoy your life
Living inside the box
You're so afraid of taking chances,
How you gonna reach the top?

p/s: Lagu ni sama macam keadaan aku sekarang. Perli kah? Sob sob sob. http://www.emocutez.com

Tuesday 10 January 2012

Takziah Kawan..

Assalamualaikum.
Hari ni memang agak terkejut sebab ada satu berita yang memang tak disangka.. Kalau ikut apa yang aku baca kat SINI, berita tu bertarikh 10 Januari. Ayah dan adik kepada kawan satu sekolah aku dulu, baru je meninggal dunia dalam kejadian kemalangan yang agak tragis. Gambar yang ada kat situ sedikit sebanyak nyaris buat aku nanges.. http://www.emocutez.com Boleh la bukak link tu untuk cerita penuhnya. Aku pun tak nak la mention lebih-lebih kat sini. Apa yang aku nak cakap, tempat kejadian tu, jalan dia memang lurus. Dekat jugak la dengan rumah aku. Tapi apa yang membuatkan accident boleh jadi dekat kawasan yang jalannya lurus? Inilah akibatnya yang aku percaya akan terjadi bila pengguna-pengguna jalanraya buat jalan tu macam highway. Dah banyak kali aku nampak manusia perangai macam tu. Dah tau jalan kampung kan, jadi silalah slow kan keta/motor. Bukan susah.. Aku tau sangat kawasan kejadian tu.. Dari kecik aku lalu dekat situ. Aku percaya arwah ikut lane yang betul.Apa pun, aku cuma menyatakan apa yang aku nampak setiap hari. Rumah aku pun tepi jalan je.. So boleh nampak bila ada manusia yang tak sedar yang dia tengah bawak keta dekat jalan kampung. Yang dah jadi, tetap jadi. Takziah kepada Idham Fauzil dan keluarga. Semoga arwah berada dalam golongan orang yang beriman.. Aminn..

p/s: Harap-harap lepas ni takde dah aku dengar kejadian macam ni jadi dekat sape-sape je terutama memember aku.. Wallahu'alam.

Monday 2 January 2012

Nak Menegur Boleh Tapi...

Assalamualaikum.
Sebenarnya kan, di saat manusia-manusia kat luar sedang bergumbira untuk menyambut tahun baru, aku bersedih dekat rumah kerana satu insiden ni. Pada orang-orang yang tak memahami, mesti akan kata yang insiden ni terlalu remeh dan aku pulak terlalu sensitif. Setelah dipendek dan diedit supaya tak menyentuh sensitiviti, ceritanya macam ni;


Semalam aku just meraikan tahun baru dekat tingkap rumah kakak aku ni je. Dari sini, memang clear giler pemandangan. Boleh nampak satu KL! Macam yang aku katakan pada entry pertama, aku memang minat sangat tengok bunga api. Ibarat ada chemistry. Dipendekkan cerita, oleh kerana aku terlalu happy, aku pun login fesbuk aku dan buat satu status. Status aku tu ade aku selitkan pasal seluar pendek tapi bukan niat aku untuk melucah atau ape pun. Maksud yang aku ingin sampaikan ialah, aku tak perlu bersesak-sesak ke luar dan menyambut tahun baru. Cukup lah sekadar di rumah, bla bla bla.. Perkataan SELUAR PENDEK yang aku gunakan lebih kepada simbolik kepada k'sempoi'an aku menyambut tahun baru. Tiba-tiba datang la sorang mamat ni. Memang terkejut beruk aku baca. Alhamdulillah dia berniat nak tegur perbuatan aku dengan mengaitkan hal seluar pendek tadi. Tapi apa yang aku tak boleh nak terima ialah bahasa yang mamat tu gunakan. Serius aku cakap, memang aku rasa malu sangat dengan penggunaan ayat mamat tu. Sebagai seorang perempuan, aku memang teramat malu. Kalau ikutkan, sebenarnya aku ni memang seorang yang mudah menerima teguran tapi tak tau kenapa, teguran mamat tu ibarat menikam jantung aku dalam-dalam. Salah satu dari apa yang die tulis ialah, aku mengaibkan diri sendiri. MasyaAllah.. Tak pernah terlintas kat fikiran aku nak mengaibkan diri sendiri. Aku dah cuba untuk menerima teguran mamat tu dan cuba untuk berfikiran positif, tapi memang tak boleh. Jalan terbaik, aku ucap terima kasih kat mamat tu dan aku padam status aku tu kemudian aku remove mamat tu dari friendlist aku. Aku remove sebab aku rase malu tahap maksimum, bukan kerana aku tak boleh menerima teguran.


Daripada apa yang aku pernah baca, persepsi teguran dalam Islam sebenarnya sangat mudah dan tidak akan menimbulkan sentiviti hati manusia itu sendiri. Islam menggariskan faktor-faktor yang perlu diperlihat dalam melaksanakan teguran. Antaranya ialah tidak merendahkan ego orang yang ditegur, kedua; mencari waktu yang tepat dan ketiga; memahami kedudukan orang yang ditegur. Jika kita benar-benar ingin teguran tersebut berjaya, perlihatkan semua keadaan, tetapi kalau sekadar suka-suka, aku rasa, tak payahlah menegur.. Buang masa je.. Teguran itu juga perlulah dilakukan dengan sangat berhati-hati supaya perbalahan tak berlaku. Nak menegur orang lain perlu berhemah, jangan buat ayat macam nak menghentam. Lain pulak jadinya nanti.. Aku bukannya berfikiran kolot.. Cuma lately ni agak mudah tersentuh. Nak-nak pulak, dalam situasi aku ni, lelaki yang menegur. Dari ayat mamat tu, seolah-olah aku ni teruk sangat. Sedangkan kami dah kenal since sekolah rendah (walaupun tak rapat mana sebab lain kelas). Aku harap lepas ni takde dah la spesis macam ni dalam friendlist aku. Mintak dijauhkan!

p/s: Spesis yang menegur secara biadab kasar. Teguran sepatutnya berakhir dengan memperbaiki diri. Bukan berakhir dengan saling membenci.

Sunday 1 January 2012

Selamat Tahun Baru 2012!

Assalamualaikum.
Hari ini adalah permulaan bagi tahun 2012. Ramai orang yang sangat teruja untuk menempuh tahun 2012 ni. Walau bagaimanapun, aku tak la excited sangat. Aku pun tak tau kenapa. Maybe aku sedih sebab tak dapat nak meraikan kedatangan tahun baru ni dengan ayah tercinta. Dia duduk jauh sangat sekarang ni. Lagipun, tahun 2011 adalah tahun yang agak tidak menggembirakan pada aku. Banyak sangat dugaan yang aku terima dalam tahun 2011 ni. Antaranya; aku failed dalam subjek yang aku suka, aku belum menemui peluang nak melanjutkan pelajaran dan ada lagi yang aku rasa tak perlu la aku sebut kat sini. Jadi, sedikit sebanyak, aku macam 'fobia' nak teruskan kehidupan dengan dunia luar. Walaupun aku memegang prinsip yang agak best, iaitu, "Setiap hari adalah hari yang baru. Kita perlu berubah setiap hari.." tapi itu tak bermakna aku kuat untuk menganggap hari-hari yg mendatang sebagai hari baru. Aku manusia lemah, punya rasa takut dan rendah diri dengan orang-orang yang jauh lebih bagus daripada aku. Rasa macam baru semalam pegi tengok bunga api untuk menyambut kedatangan tahun 2011. Tau-tau je, hari ni dah 2012. Masa sangat pantas berlalu. Tahun ni, aku tak pegi mana-mana pun. Duduk rumah dengan Puan Emak, tengok bunga api dari tingkap rumah. Sangat best. Aku dengan bunga api ni kira macam ada chemical jugak la. Aku sangat teruja kalau dapat tengok bunga api. Ye, maybe aku gila agaknya. 10 hari aku dekat Sarawak, dan aku rasa sangat tenang. Sebab dekat sana takde internet. Serius aku cakap, kehidupan takde internet tak memboringkan langsung. Padahal situasi macam ni boleh membuatkan kita tetiba je rajin nak buat keje-keje masyarakat ni. Contohnye jalan-jalan, petik sayur dan lepak dengan famili. Sangat best. Dekat sana jugak aku tak jumpa tv. Bukan pasal kat sana tak maju, tapi dan-dan kitorang satu famili datang, dan-dan tu la jugak menatang tu nak rosak. hari last dekat sana memang sedih sebab sekali lagi kitorang terpaksa tinggalkan makcik kitorang yang kitorang gelar sebagai 'Udak'. Udak ni kira maksudnya macam makcik la. Sedar tak sedar jugak, rupa-rupanya dah setahun aku menganggur. Setahun bukan masa yang sekejap tapi memang masa yang sangat lama. Aku rasa macam aku ni agak bodoh sebab habiskan masa macam tu je.. Aku sangat jeles bila kawan-kawan yang sama-sama main dulu dapat masuk universiti. Waktu tu aku rasa macam, 'Ya Allah! Kenapa aku tak dapat masuk U?!' Tapi tak kisah la, sebab semua tu dah pun berlaku. Aku percaya satu hari nanti mesti rezeki aku akan datang jugak. InsyaAllah. Aku tak pernah ada azam sebab pada aku, kalau nak start buat something tu, bila-bila pun boleh. Tak perlu nak tunggu tahun baru. Lastly, SELAMAT TAHUN BARU dan semoga impian masing-masing boleh tercapai dalam 2012 ni. Aminn.. http://www.emocutez.com

p/s: In 2011, I smiled, cried, laughed, loved, trusted, hated... And learn a lot about myself and the people around me.