Assalamualaikum.
Hari ini adalah permulaan bagi tahun 2012. Ramai orang yang sangat teruja untuk menempuh tahun 2012 ni. Walau bagaimanapun, aku tak la excited sangat. Aku pun tak tau kenapa. Maybe aku sedih sebab tak dapat nak meraikan kedatangan tahun baru ni dengan ayah tercinta. Dia duduk jauh sangat sekarang ni. Lagipun, tahun 2011 adalah tahun yang agak tidak menggembirakan pada aku. Banyak sangat dugaan yang aku terima dalam tahun 2011 ni. Antaranya; aku failed dalam subjek yang aku suka, aku belum menemui peluang nak melanjutkan pelajaran dan ada lagi yang aku rasa tak perlu la aku sebut kat sini. Jadi, sedikit sebanyak, aku macam 'fobia' nak teruskan kehidupan dengan dunia luar. Walaupun aku memegang prinsip yang agak best, iaitu, "Setiap hari adalah hari yang baru. Kita perlu berubah setiap hari.." tapi itu tak bermakna aku kuat untuk menganggap hari-hari yg mendatang sebagai hari baru. Aku manusia lemah, punya rasa takut dan rendah diri dengan orang-orang yang jauh lebih bagus daripada aku. Rasa macam baru semalam pegi tengok bunga api untuk menyambut kedatangan tahun 2011. Tau-tau je, hari ni dah 2012. Masa sangat pantas berlalu. Tahun ni, aku tak pegi mana-mana pun. Duduk rumah dengan Puan Emak, tengok bunga api dari tingkap rumah. Sangat best. Aku dengan bunga api ni kira macam ada chemical jugak la. Aku sangat teruja kalau dapat tengok bunga api. Ye, maybe aku gila agaknya. 10 hari aku dekat Sarawak, dan aku rasa sangat tenang. Sebab dekat sana takde internet. Serius aku cakap, kehidupan takde internet tak memboringkan langsung. Padahal situasi macam ni boleh membuatkan kita tetiba je rajin nak buat keje-keje masyarakat ni. Contohnye jalan-jalan, petik sayur dan lepak dengan famili. Sangat best. Dekat sana jugak aku tak jumpa tv. Bukan pasal kat sana tak maju, tapi dan-dan kitorang satu famili datang, dan-dan tu la jugak menatang tu nak rosak. hari last dekat sana memang sedih sebab sekali lagi kitorang terpaksa tinggalkan makcik kitorang yang kitorang gelar sebagai 'Udak'. Udak ni kira maksudnya macam makcik la. Sedar tak sedar jugak, rupa-rupanya dah setahun aku menganggur. Setahun bukan masa yang sekejap tapi memang masa yang sangat lama. Aku rasa macam aku ni agak bodoh sebab habiskan masa macam tu je.. Aku sangat jeles bila kawan-kawan yang sama-sama main dulu dapat masuk universiti. Waktu tu aku rasa macam, 'Ya Allah! Kenapa aku tak dapat masuk U?!' Tapi tak kisah la, sebab semua tu dah pun berlaku. Aku percaya satu hari nanti mesti rezeki aku akan datang jugak. InsyaAllah. Aku tak pernah ada azam sebab pada aku, kalau nak start buat something tu, bila-bila pun boleh. Tak perlu nak tunggu tahun baru. Lastly, SELAMAT TAHUN BARU dan semoga impian masing-masing boleh tercapai dalam 2012 ni. Aminn..
p/s: In 2011, I smiled, cried, laughed, loved, trusted, hated... And learn a lot about myself and the people around me.
No comments:
Post a Comment