Assalamualaikum.
Hari ni aku terfikir pasal satu mende. Mende ni asyik dok pusing-pusing je dalam kepala otak aku ni.. Apa erti persahabatan tu sebenarnye ye? Adakah persahabatan tu just untuk sementara? Bila dah jumpa orang lain, kita kena lupakan kawan lama kita? Macam tu ke? Aku tak paham sebab pada aku, persahabatan ni kena kekal selamanye. Tak kiralah jauh mana kite pergi, sepatutnya hubungan tu jadi makin kuat dan erat. Bukannya jadi awkward.. Alasan, sebab dah lama tak jumpa dan takde mende dah yang nak disharekan. Mende ni berlaku jugak pada aku, which is BFF aku masa sekolah menengah. Kitorang dah kenal dari form 1, sampai form 5. Lepas form 5, masing-masing ikut haluan sendiri. Since dari tu la, adegan cari pasal dekat facebook bermula. Aku betul-betul tak paham.. Perlu ke nak gaduh-gaduh bagai? Ada satu hari tu, kawan aku yang sorang ni hantar mesej kat aku, dia cakap aku dah lupakan dia dan macam-macam lagi la. Hanya Allah e yang tau agaknya kebenaran disebalik 'tuduhan' dia tu. Masa tu, aku betul takde kredit. Dia tak bagi aku peluang langsung nak explain. So, di situ, aku dah hilang lagi sorang kawan aku. Sampai sekarang pun, kitorang memang takde contact. Biarlah dia nak cakap aku ego atau ape pun, cumanye, hati aku memang dah sakit sangat. Kalau memember lelaki pulak, tak payah cakap la. Ada sorang ni, die follow aku kat twitter, then bila aku follow back, die unfollow pulak aku. Sedangkan kawan-kawan aku yang lain dia follow pulak. Memang nampak macam remeh je.. Tapi selepas apa yang kitorang dah tempuh sama-sama since kecik sampai besar, aku rasa macam tak patut aku kena layan macam tu. Apa salah aku? Adakah disebabkan kitorang tak sefahaman, die nak treat aku macam tu? Ibarat aku ni macam fungi pulak kat die. Adoyai. Aku pun nak borak-borak dengan dorang macam dorang buat dengan kawan-kawan aku yang lain. Tapi malangnya, aku memang tak boleh nak dapat mende-mende tu semua. Dan aku jadi serba salah bila dorang buat baik dengan aku. Aku akan terfikir; "dia ni ikhlas ke dengan aku?", "dia ni dah kenape?" dan macam-macam lagilah bayangan yang menerjah masuk dalam otak aku yang dah takde space ni. Sedih woo.. Dari sekolah dulu dah dorang ni macam tak pueh hati dengan aku.. Apa salah aku weh? Aku ni annoying sangat ke? Aku just ikut flow dorang jela..Nak lebih-lebih, tu jelas sekali bukan stail aku. Aku ni ala-ala Horatio; cool abis la kunun. Haha. Aku memang dah tekad yang aku takkan pegi apa-apa majlis yang ada dorang. Contohnya, reunion la kan. Memang la aku tak salah dan aku tak perlu takut.. Tapi aku sangat benci awkward situation. Kalau boleh, aku nak sangat semua hepi je masa reunion. Tapi takpe la. Mende tu memang dah takde dalam list aku. Nak buat macam mane kan..? (to be continued...)
p/s: I miss being a kid. No one cared how you dressed, we were all friends, and you could be yourself. When did we turn so judgmental?
No comments:
Post a Comment