I adore music. I love to act dumb, just to make you feel smart. People tell me I'm crazy... but at least I put myself out there. I'm not feminine, pink is just a color. One more thing, I'm blogging randomly, mostly about my life.

Thursday, 12 January 2012

Rumah Kakak..

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, hari ni masih bisa melayari internet. Sementara tunggu keje ni kan. Masuk hari ni dah dekat seminggu jugak la aku lepak dekat rumah kakak aku. Keje aku sekarang cuma makan, tido, berinternet. Ya Allah.. Macam mana la nak kaya kalau macam ni.. Haha. Actually, aku memang suka nak lepak-lepak dekat rumah kakak aku ni sebabnya; satu, sebab ada INTERNET (hehe), kedua, sebab kat sini ada pemandangan yang sangat cantek.. Kau ada? Haha.. Ada la jugak 2 gambar yang sempat aku snap dari tingkap rumah kakak aku ni. Pada aku, scene dia cantik sangat.



Kan? Cantik kan? Boleh nampak satu KL. Gambar pertama tu actually boleh nampak KL City ni dan gambar kedua tu pulak sebenarnya gambar langit.. Cantik sangat.. Warna langit time tu lain sikit. Tapi disebabkan aku tak menggunakan kamera DSLR yang canggih-canggih, maka hasilnya tidak la canggih juga. Kelam kan? http://www.emocutez.com Bese la.. snap dari handphone je.. Handphone pulak 2.0 megapixel je.. Haha. Yang nampak macam tiang kecik bercahaya dalam gambar tu, haa.. tu KLCC sebenarnya. Kalau tak nampak jugak, sila pakai kanta pembesar. Dari sini jugak dapat rasa angin sepoi-sepoi tak reti bahasa.. cewah.. Pada aku, Malaysia adalah salah satu negara yang sangat bertuah sebab penduduk kat sini masih boleh rasa mende-mende ni semua. Sesetengah penduduk negara lain mungkin tak dapat rasa macam ni kan? Scene paling cantik aku rasa time senja tapi takkan la aku nak bertenggek kat tingkap rumah waktu senja pulak kan.. Ape pun, Alhamdulillah syukur sebab aku still dapat rasa semua nikmat yang Allah bagi ni. http://www.emocutez.com

p/s: I love Malaysia. It's cozy. Awesome.

2 comments: