Sebenarnya kan, di saat manusia-manusia kat luar sedang bergumbira untuk menyambut tahun baru, aku bersedih dekat rumah kerana satu insiden ni. Pada orang-orang yang tak memahami, mesti akan kata yang insiden ni terlalu remeh dan aku pulak terlalu sensitif. Setelah dipendek dan diedit supaya tak menyentuh sensitiviti, ceritanya macam ni;
Semalam aku just meraikan tahun baru dekat tingkap rumah kakak aku ni je. Dari sini, memang clear giler pemandangan. Boleh nampak satu KL! Macam yang aku katakan pada entry pertama, aku memang minat sangat tengok bunga api. Ibarat ada chemistry. Dipendekkan cerita, oleh kerana aku terlalu happy, aku pun login fesbuk aku dan buat satu status. Status aku tu ade aku selitkan pasal seluar pendek tapi bukan niat aku untuk melucah atau ape pun. Maksud yang aku ingin sampaikan ialah, aku tak perlu bersesak-sesak ke luar dan menyambut tahun baru. Cukup lah sekadar di rumah, bla bla bla.. Perkataan SELUAR PENDEK yang aku gunakan lebih kepada simbolik kepada k'sempoi'an aku menyambut tahun baru. Tiba-tiba datang la sorang mamat ni. Memang terkejut beruk aku baca. Alhamdulillah dia berniat nak tegur perbuatan aku dengan mengaitkan hal seluar pendek tadi. Tapi apa yang aku tak boleh nak terima ialah bahasa yang mamat tu gunakan. Serius aku cakap, memang aku rasa malu sangat dengan penggunaan ayat mamat tu. Sebagai seorang perempuan, aku memang teramat malu. Kalau ikutkan, sebenarnya aku ni memang seorang yang mudah menerima teguran tapi tak tau kenapa, teguran mamat tu ibarat menikam jantung aku dalam-dalam. Salah satu dari apa yang die tulis ialah, aku mengaibkan diri sendiri. MasyaAllah.. Tak pernah terlintas kat fikiran aku nak mengaibkan diri sendiri. Aku dah cuba untuk menerima teguran mamat tu dan cuba untuk berfikiran positif, tapi memang tak boleh. Jalan terbaik, aku ucap terima kasih kat mamat tu dan aku padam status aku tu kemudian aku remove mamat tu dari friendlist aku. Aku remove sebab aku rase malu tahap maksimum, bukan kerana aku tak boleh menerima teguran.
Daripada apa yang aku pernah baca, persepsi teguran dalam Islam sebenarnya sangat mudah dan tidak akan menimbulkan sentiviti hati manusia itu sendiri. Islam menggariskan faktor-faktor yang perlu diperlihat dalam melaksanakan teguran. Antaranya ialah tidak merendahkan ego orang yang ditegur, kedua; mencari waktu yang tepat dan ketiga; memahami kedudukan orang yang ditegur. Jika kita benar-benar ingin teguran tersebut berjaya, perlihatkan semua keadaan, tetapi kalau sekadar suka-suka, aku rasa, tak payahlah menegur.. Buang masa je.. Teguran itu juga perlulah dilakukan dengan sangat berhati-hati supaya perbalahan tak berlaku. Nak menegur orang lain perlu berhemah, jangan buat ayat macam nak menghentam. Lain pulak jadinya nanti.. Aku bukannya berfikiran kolot.. Cuma lately ni agak mudah tersentuh. Nak-nak pulak, dalam situasi aku ni, lelaki yang menegur. Dari ayat mamat tu, seolah-olah aku ni teruk sangat. Sedangkan kami dah kenal since sekolah rendah (walaupun tak rapat mana sebab lain kelas). Aku harap lepas ni takde dah la spesis macam ni dalam friendlist aku. Mintak dijauhkan!
p/s: Spesis yang menegur secara
No comments:
Post a Comment