I adore music. I love to act dumb, just to make you feel smart. People tell me I'm crazy... but at least I put myself out there. I'm not feminine, pink is just a color. One more thing, I'm blogging randomly, mostly about my life.

Friday, 30 March 2012

Mr. Booboo II

Assalamualaikum.
So hari ni, aku nak sambung ape yang jd pada hari kedua live streaming dengan band 5-L dan adik-beradik Stewart ni. Soalan aku untuk hari kedua tu banyak jugak tapi yang dorang noticed 3 je. Kira ok la tu kan daripada takde langsung. First, aku cakap dekat Davin tu suruh dia flip rambut dia..

Soalan pertama.
Soalan aku ni boleh kata semua respon sebab aku salah mention nama. Nama dia DAVIN.. not GAVIN. Haha. Si Fivel tu kata, "It's Davin. Not Gavin.." pastu dorang semua gelak. Ni reaction dorang yang sempat aku capture lepas dorang baca ayat aku tu :-


Cuba la korang tengok muka Booboo yang cute tuh! Mau aku tak ngigau malam. Heh. (err.. abaikan Fivel sebab masa tu ade orang panggil dia)

Then, aku send ni kat dorang :-

Soalan yang berupa arahan kepada Booboo.
Part ni, memang kelakar giler! Booboo memang respon dan dia kata dengan penuh semangatnye, "Oh hi Jiackjulai......................................" dan muka dia terus berubah.. sebab dia tak dapat nak pronounce dengan betul nama aku. Memang lawak giler la sebab muka dia berubah seratus peratus! Aku sakit perut gelak. Dah la muka dia cute giler mase dia mispronounce nama aku tu. Then aku send lagi,

Ayat penyata lagi.
Yang ni aku sekali send je terus Booboo noticed dan dia baca.. Pastu dia gelak then dia kata, "Oh Zack! It just.. I thought.." bla bla bla dan bla bla bla lagi. Entah apa dia cakap sambil gelak sebab nak cover malu. Aku pun tak dapat nak paham sebab dia tak berhenti gelak. Ni reaction dorang lepas baca ayat aku tu :-


Booboo la paling 'keri' sekali. Semua orang dok gelak kat dia. Ada la dalam 5 minit ada kot dorang dok layan ayat aku ni. Haha! Memang best. So far, aku dah ter'miss' 2 streaming dorang sebab aku on lambat. Agak kuciwa la.. Tapi ni pun dah kira best. dah la dorang mesra giler, baik pulak tu. Even Booboo ni actor Hollywood, dia memang mesra alam. Happynye aku..

5-L yang seriously peramah.
Setiap kali aku tweet dia, memang aku dalam list top 3 la yang dia akan reply. *sniff sniff* Best memang best sebab dorang baik. Kalo dorang tak ok, takkan ramai fans ye dok? I LOVE BOOBOOhttp://www.emocutez.com

p/s : Aku vampire, dia ware-wolf. Boleh ke? Haha.






Thursday, 29 March 2012

Mr. Booboo

Assalamualaikum.
Dalam minggu lepas, aku memang busy sangat dan dalam masa yang sama, aku teraaaaaaaaaaaaaaaamat happy! Aku rasa macam aku ni bertuah giler! So kalau tengok dari huruf ‘A’ yang aku letak dalam perkataan ‘teramat’ tadi, memang agak over dan aku pun memang sangat happy over the top sekarang ni. Kenapa aku happy ni? Ok, pada sape-sape yang layan movie Twilight dari yang first sampai yang latest, mesti kenal la dengan pelakon-pelakon movie ni kan? Robert Pattinson, Kristen Stewart, Taylor Lautner dan ramai lagi. Baiklah, itu nama-nama yang memang dah femes tahap meja kat dunia ni. Macam mana pulak dengan watak-watak support movie ni? Tak kira la dari puak vampire atau wolf-pack. Ok sebenarnya aku memang failed kalau nak buat intro-intro ni. Sekian. So, meh aku list kan dulu siri sekuel Twilight yang ada. Check it out! :-


1) Twilight Saga
2) Twilight Saga : The New Moon
3) Twilight Saga : Eclipse
4) Twilight Saga : Breaking Dawn (Part 1)

Ada satu watak dalam movie ni namanya Seth Clearwater a.k.a Booboo Stewart. Dalam movie ni dia adik kepada Leah Clearwater merangkap anak kepada Harry Clearwater.



Rasanya familiar la kot bila aku dah tunjuk gambar dia. Watak dia start dari siri Twilight Eclipse. Innocent giler watak dia! Hadoi memang cair la. Actually, actor yang aku suka dalam movie tu haruslah Taylor Lautner kan. Haha. Kedua, Alex Meraz a.k.a Paul dari wolf-pack. Dan ketiga, si Booboo Stewart ni yang satu geng dengan si Paul dalam movie ni. Ok dipendekkan cite, baru-baru ni band 5-L (band under management si Booboo ni) ada buat UStream LIVE satu dunia. Dorang akan jawab crazy stuff yang fans tanya kat dorang melalui streaming ni. Seriously, dorang ni memang tersangatlah peramah dan dorang treat fans dorang more as a friends instead of ‘fans’. Apa yang buat aku teruja sampai tak tido malam bila finally dorang noticed aku! Dorang jawab soalan-soalan aku dan dorang gelak dengan statement aku. First streaming pada 20th March 2012 b’samaan dengan hari Selasa. Second streaming pada 21st March 2012. Aku memang ‘keri’ tahap dewa, seriously. Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. http://www.emocutez.com


Hari first tu aku tak berapa nak prepare sangat, so aku tak dapat nak capture respon-respon dorang. Just capture soalan je lah.

Soalan pertama.
Terkejut giler bila si Booboo tu respon kat soalan pertama ni. Dia wave kat skrin dengan senyuman menawan beliau tuh! Hadoi mau kena heart attack aku gini.

Soalan kedua.
Q yang ni, si Fivel yang baca then Booboo la yang jawab. Tak silap aku jawapan dia macam ni; "Yes. I love wrestling and I love Randy Orton. But I like Jeff Hardy."

Soalan ketiga.
Yang ni pun Fivel yang baca dan dia kata, "Just be confident and be pretty. Just be yourself everytime you're getting on stage." haaa.. Lebih tak kurang macam tu lah.

Sepanjang hari Selasa tu aku senyum tak hengat dunia. Berbunga-bunga hati ni. http://www.emocutez.com Bunga kertas pun boleh.. Untuk hari kedua, aku sempat capture respon dorang. So, to be continued..

p/s : Jiwa tengah girang dan gumbira. Buat satu entry panjang giler kang, boring.

Monday, 26 March 2012

Member Nak Kawin!

Assalamualaikum.
Mak aih.. lama dah aku tak hupdate blog ni. Sikit lagi nak bersawang. Sejak pindah PJ ni, rumah aku still takde internet. Kalau online pun, kat tempat keje je la. Haha.. Ape-ape pun, aku dah jumpe jalan untuk menghupdate blog ni dengan lebih kerap. Ok. So, Alhamdulillah dalam bulan Februari haritu aku dah dapat keje kat satu company ni. Keje aku tak la susah mana tapi penatnya boleh tahan. Masa aku mula-mula keje, aku agak happy sebab itu semua pengalaman baru untuk aku dan aku rasa, aku bertuah sebab berpeluang untuk start dari bawah. Jawatan yang aku dapat berlainan sekali dengan tugas yang aku kena buat. Keje aku termasuk la memfotostat, menaip, mem’filing’ dan macam-macam jenis MEM lagi la. Kalau ikutkan jawatan aku, itu takde dalam list keje yang aku kena buat. Tapi takpe la.. nak belajar dari bawah kan.. so why not la aku buat je keje-keje tu dengan ikhlas, betul tak? Jawatan tinggi-tinggi, kalau nak fotostat pun tak reti, spoil der.. Aku sebenarnya kali ni nak blogging pasal member aku yang sorang ni, which is dia akan tamatkan zaman bujang dia tak lama lagi (tak boleh blah ayat aku) dan dia pun memang dah jemput aku untuk sama-sama hadir kat majlis dia nanti. Kalau ikutkan kekangan keje, aku memang tak boleh datang tapi sebab member kan.. so aku try jugak untuk cuti. Secara jujur, aku memang happy giler bagi pihak dia. Memang betul-betul tak sangka yang dia akan kawin secepat ni. Aku pakwe pun takde lagi. http://www.emocutez.com Cet! Takpe la tu, kire dia advance sikit dari kami-kami yang single ni. Haha. Colleague aku pernah tanya kat aku, “Kenapa awal sangat dia kawin?”, “Umur dia berapa? Umur pakwe dia berapa?”, “Dia tak sambung belajar ke?” dan berjuta lagi soalan yang berunsurkan penyibuk. Pada aku, umur tak menjadi masalah. Tak bermakna dia kawin awal, dia confirm takde cita-cita. Memang korak ah sape yang berfikiran macam tu. Pada aku juga, dia buat something yang baik. Berbanding mereka-mereka a.k.a anak-anak remaja sekarang yang gemor betul kawin lari la, kawin kat sempadan la, Lombok la. Hadoi. Lagi senak perut nak pikir masalah-masalah macam tu.

So, berbalik pada member aku ni tadi, masa sekolah menengah dulu kitorang tak rapat pun dan puak dia selalu sangat bergaduh dengan puak aku. Ala.. bese la mende-mende camni masa sekolah dedulu kan..? Tapi aku start rapat dengan dia since form 6. Aku tak sangka daripada bermusuh, kitorang boleh jadi kawan baik. Tu serba sedikit history aku dengan dia la. Dan part yang tacingnya, bila dia call aku semata-mata nak jemput aku datang majlis dia nanti. BFF aku zaman sekolah dulu pun tak buat camni untuk jemput aku gi kenduri. Haha. Tu lah beza kawan dengan ‘kawan’. Lu pikirlah sendiri. Warna tema wedding dia nanti BLUE TORQOIUSE! Sawan jugak aku nak gi cari baju supaya bertepatan dengan tema ni. Hurr... hadiah wedding dia, aku dah tau nak beli apa. Puas jugak pikir nak bagi apa. Thanks la pada kakak aku. Idea beliau memang genius. Pinggan mangkuk & alat elektrik ni perkara biasa kan. Kalau boleh nak la jugak usha mende lain dari yang lain. Lagi pun bukan hari-hari member aku kawin. Huehue.. aku dengan Along memang dah semangat giler nak gi. Aku harap-harap jangan la ada aral melintang pokok ara pulak. Semoga aku selamat sampai dan selamat hadir kat majlis tu nanti. Aminn.. Dan kepada Bella, aku doakan kau dengan suami, Edward Cullen (eh bukan) bahagia dan berkekalan la hingga ke akhir hayat seterusnya berkekalan hingga ke syurga. http://www.emocutez.com



p/s : Haruslah LOVE dan aku nak anak terus, boleh? Teehee.