Di hari Jumaat yang indah ini, tetiba rasa nak update blog lepas singgah blog Kak Dila tadi. Em.. Cepat betul terpengaruh. So, rasanya tak terlewat lagi aku nak ucapkan Happy New Year kepada semua atau dalam bahasa ibundanya berbunyi, Selamat Tahun Baru.. obviously tahun 2013 lah. Takde apa-apa yang menarik pun sempena sambutan tahun baru aku tahun ni. Aku kerja dan satu bunga api pun aku tak nampak dari tempat kerja aku. Ye.. aku kerja malam. Nampak tak patheticnya di situ? Baiklah, bukan itu yang aku nak membebel dalam entry ni. Lately, aku perasan something yang berlaku dalam fesbuk. Dan fenomena ni boleh buat aku migrain. Ok ini tipu.
Pertama, setiap kali aku login, aku mesti dapat macam-macam undangan dekat bahagian event (korang tau la kan). Yeah, mostly undangan kahwin dan tunang. Dan mostly jugak, kawan-kawan aku lah yang nak kahwin atau tunang tu! Sebagai manusia normal, aku mengaku yang aku agak menyirap dengan undangan-undangan sedemikian. Bukan takat menyirap, me-ribena ada, me-teh limau pun ada. Kenapa? Ye. Aku jeles. Bukan takat undangan dari kawan-kawan, tapi ada jugak dari aku punya store manager, senior masa sekolah dulu dan ramai lagilah. Tapi aku ni jenis relax je.. mana yang sempat dan dekat, aku pergi. Wedding yang paling latest aku pegi, wedding store manager aku lah. Abang Man yang kachiak dan Kak Dila yang chantek. Baik, abaikan ni dulu.
Kedua, penyebaran gambar-gambar majlis pertunangan. At this point, aku rasa kawan-kawan aku dan juga senior-senior aku sangat bertuah sebab akhirnya dorang dah semakin dekat dengan alam perkahwinan. Sekali gus mengingatkan aku bahawasanya umur aku ni bukan muda lagi dah. Ni yang tak best nak cite ni.. heh. Dorang semua sangat sangat sangat sangat sangat la chantek masa hari pertunangan masing-masing! Mana-mana yang otai sekolah dan muka-muka ganas masa zaman sekolah dulu, semua berubah jadi cun. Bila aku tengok gambar-gambar yang di-tag kat aku, mesti aku senyum sorang-sorang. Alahai indahnya..
Ketiga, kalau dah tunang, pastu buat undangan bagai, mesti la langkah seterusnya adalah KAHWIN. Aku tersangat la happy bila kawan-kawan dapat disatukan dengan pasangan masing-masing. Ada yang memang bercinta dari zaman sekolah dulu. Ada jugak yang zaman sekolah dulu couple dengan entah sape-sape tapi akhirnya kahwin dengan orang lain. Itu semua namanya jodoh. Bukan ke semua tu Allah dah takdirkan? Untung jadi dorang. Aku tengok dorang ibarat bertanding sesama sendiri dalam bab pemilihan baju kahwin, kemeriahan majlis dan jugak penampilan masing-masing masa hari nikah. Mana taknya, dorang semua sangat gorgeous! Warna tema yang dorang pilih sangat chantek. Jeles aku.
Kawan baik masa aku form 6 dulu, Bella, dah nak bersalin dah. Aku? Masih di sini berteman sepi. Ceh. Kalau ikut plan incik sayang, tahun ni kami nak ikat tapi pada aku semua ni terlalu awal. Aku agak tersepit sebab dia tak berapa suka bila aku cakap aku nak sambung belajar dan dia pernah cakap yang dia tak nak aku kerja bila dah kahwin nanti. See? It is so not me. Belajar adalah satu daripada impian aku dan bekerja pulak, pada aku satu keperluan untuk semua isteri sebagai langkah berjaga-jaga. Zaman sekarang ni takde yang mustahil. Macam-macam boleh jadi. Kami memang pasangan yang ala-ala yakuza gitu tapi kami romantik (eh apa ni..) cuma aku tak suka nak fikir kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku.
Secara jujurnya, aku memang sangat sangat sangat sangat sangat jeles dengan kawan-kawan yang nak atau yang dah kahwin. Huwaa! Agak-agak ada tak peluang aku nak pakai baju cecantik macam dorang? Sob sob sob. Ada tak peluang bakal mak mertua nak sarung cincin kat jari aku? Ada tak peluang aku nak dimekapkan macam supermodel satu hari nanti? Oh tidak.. semua ni sangat disturbing. Aku serahkan perkara ni kepada Allah SWT. Aku tak boleh nak follow member. Dorang kahwin, so aku kena kahwin? Tak. Perkara yang indah ni biasanya akan datang sepakej dengan tanggungjawab yang besar. Kalau kita belum bersedia, kenapa mesti paksa diri semata-mata nak seiring dan setanding dengan orang lain?
Incik sayang ada cakap yang dia dah ready dan baru-baru ni pun, dia ada propose aku. Dia propose aku kat bawah pokok pinang, masa aku tengah kerja dan masa tu hujan rintik-rintik. Pergh! Walaupun timing dan tempat tu macam tak kena, tapi aku faham. Masing-masing sibuk. Nak tak nak memang terpaksa jumpa time tengah kerja. Dia ada suruh aku tunggu untuk masa yang sesuai tapi aku ni macam budak-budak, tak reti nak sabar. Aku terlampau curious dengan apa yang dia nak bagitau. Ha, padan muka aku sendiri. Ok aku rasa jauh sangat dah aku melalut ni. Sikit lagi nak sampai Vegas.. haha.
Apapun, aku suka dengan stage alam dewasa yang kami semua kena tempuh ni. Biar ramai mana pun kawan-kawan aku yang nak kahwin, aku tumpang happy sebenarnya. Aku bangga sebab dorang berani nak galas tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu. Aku dapat rasa, tahun 2013 ni aku akan dapat lebih banyak undangan kahwin sebab kawan-kawan semua dah bagi hint tersirat. Hehe. Doakan supaya hati aku terbuka dan bersedia untuk galas tanggungjawab jugak. Indahnya berkahwin! Treng teng teng.. (sound effect)
p/s : Aku dah start usha baju-baju pengantin. Apakah..
No comments:
Post a Comment