I adore music. I love to act dumb, just to make you feel smart. People tell me I'm crazy... but at least I put myself out there. I'm not feminine, pink is just a color. One more thing, I'm blogging randomly, mostly about my life.

Monday 26 March 2012

Member Nak Kawin!

Assalamualaikum.
Mak aih.. lama dah aku tak hupdate blog ni. Sikit lagi nak bersawang. Sejak pindah PJ ni, rumah aku still takde internet. Kalau online pun, kat tempat keje je la. Haha.. Ape-ape pun, aku dah jumpe jalan untuk menghupdate blog ni dengan lebih kerap. Ok. So, Alhamdulillah dalam bulan Februari haritu aku dah dapat keje kat satu company ni. Keje aku tak la susah mana tapi penatnya boleh tahan. Masa aku mula-mula keje, aku agak happy sebab itu semua pengalaman baru untuk aku dan aku rasa, aku bertuah sebab berpeluang untuk start dari bawah. Jawatan yang aku dapat berlainan sekali dengan tugas yang aku kena buat. Keje aku termasuk la memfotostat, menaip, mem’filing’ dan macam-macam jenis MEM lagi la. Kalau ikutkan jawatan aku, itu takde dalam list keje yang aku kena buat. Tapi takpe la.. nak belajar dari bawah kan.. so why not la aku buat je keje-keje tu dengan ikhlas, betul tak? Jawatan tinggi-tinggi, kalau nak fotostat pun tak reti, spoil der.. Aku sebenarnya kali ni nak blogging pasal member aku yang sorang ni, which is dia akan tamatkan zaman bujang dia tak lama lagi (tak boleh blah ayat aku) dan dia pun memang dah jemput aku untuk sama-sama hadir kat majlis dia nanti. Kalau ikutkan kekangan keje, aku memang tak boleh datang tapi sebab member kan.. so aku try jugak untuk cuti. Secara jujur, aku memang happy giler bagi pihak dia. Memang betul-betul tak sangka yang dia akan kawin secepat ni. Aku pakwe pun takde lagi. http://www.emocutez.com Cet! Takpe la tu, kire dia advance sikit dari kami-kami yang single ni. Haha. Colleague aku pernah tanya kat aku, “Kenapa awal sangat dia kawin?”, “Umur dia berapa? Umur pakwe dia berapa?”, “Dia tak sambung belajar ke?” dan berjuta lagi soalan yang berunsurkan penyibuk. Pada aku, umur tak menjadi masalah. Tak bermakna dia kawin awal, dia confirm takde cita-cita. Memang korak ah sape yang berfikiran macam tu. Pada aku juga, dia buat something yang baik. Berbanding mereka-mereka a.k.a anak-anak remaja sekarang yang gemor betul kawin lari la, kawin kat sempadan la, Lombok la. Hadoi. Lagi senak perut nak pikir masalah-masalah macam tu.

So, berbalik pada member aku ni tadi, masa sekolah menengah dulu kitorang tak rapat pun dan puak dia selalu sangat bergaduh dengan puak aku. Ala.. bese la mende-mende camni masa sekolah dedulu kan..? Tapi aku start rapat dengan dia since form 6. Aku tak sangka daripada bermusuh, kitorang boleh jadi kawan baik. Tu serba sedikit history aku dengan dia la. Dan part yang tacingnya, bila dia call aku semata-mata nak jemput aku datang majlis dia nanti. BFF aku zaman sekolah dulu pun tak buat camni untuk jemput aku gi kenduri. Haha. Tu lah beza kawan dengan ‘kawan’. Lu pikirlah sendiri. Warna tema wedding dia nanti BLUE TORQOIUSE! Sawan jugak aku nak gi cari baju supaya bertepatan dengan tema ni. Hurr... hadiah wedding dia, aku dah tau nak beli apa. Puas jugak pikir nak bagi apa. Thanks la pada kakak aku. Idea beliau memang genius. Pinggan mangkuk & alat elektrik ni perkara biasa kan. Kalau boleh nak la jugak usha mende lain dari yang lain. Lagi pun bukan hari-hari member aku kawin. Huehue.. aku dengan Along memang dah semangat giler nak gi. Aku harap-harap jangan la ada aral melintang pokok ara pulak. Semoga aku selamat sampai dan selamat hadir kat majlis tu nanti. Aminn.. Dan kepada Bella, aku doakan kau dengan suami, Edward Cullen (eh bukan) bahagia dan berkekalan la hingga ke akhir hayat seterusnya berkekalan hingga ke syurga. http://www.emocutez.com



p/s : Haruslah LOVE dan aku nak anak terus, boleh? Teehee.

2 comments:

  1. mak aih.. bkn senang nama nk kene mention dgn org pemes ni.. ahaaa... perhatian utk semua pembaca ek... ALONG itu adalah aku.. ahahahahaha..
    ye aih zack.. aku pon x sabo nk jumpe hang kat kenduri 2 nti.. kikikiki.. semoha semuanya berjalan lancar..

    ReplyDelete
  2. ye benar.. Along itu adelah beliau. haha. aku lagi la, super double triple tak sabaq nak jumpa hangpa semua. insyaAllah takde ape2 masalah. ;)

    ReplyDelete