I adore music. I love to act dumb, just to make you feel smart. People tell me I'm crazy... but at least I put myself out there. I'm not feminine, pink is just a color. One more thing, I'm blogging randomly, mostly about my life.

Friday, 11 January 2013

Ramainya Orang Kawen!

Assalamualaikum semua.

Di hari Jumaat yang indah ini, tetiba rasa nak update blog lepas singgah blog Kak Dila tadi. Em.. Cepat betul terpengaruh. So, rasanya tak terlewat lagi aku nak ucapkan Happy New Year kepada semua atau dalam bahasa ibundanya berbunyi, Selamat Tahun Baru.. obviously tahun 2013 lah. Takde apa-apa yang menarik pun sempena sambutan tahun baru aku tahun ni. Aku kerja dan satu bunga api pun aku tak nampak dari tempat kerja aku. Ye.. aku kerja malam. Nampak tak patheticnya di situ? Baiklah, bukan itu yang aku nak membebel dalam entry ni. Lately, aku perasan something yang berlaku dalam fesbuk. Dan fenomena ni boleh buat aku migrain. Ok ini tipu.

Pertama, setiap kali aku login, aku mesti dapat macam-macam undangan dekat bahagian event (korang tau la kan). Yeah, mostly undangan kahwin dan tunang. Dan mostly jugak, kawan-kawan aku lah yang nak kahwin atau tunang tu! Sebagai manusia normal, aku mengaku yang aku agak menyirap dengan undangan-undangan sedemikian. Bukan takat menyirap, me-ribena ada, me-teh limau pun ada. Kenapa? Ye. Aku jeles. Bukan takat undangan dari kawan-kawan, tapi ada jugak dari aku punya store manager, senior masa sekolah dulu dan ramai lagilah. Tapi aku ni jenis relax je.. mana yang sempat dan dekat, aku pergi. Wedding yang paling latest aku pegi, wedding store manager aku lah. Abang Man yang kachiak dan Kak Dila yang chantek. Baik, abaikan ni dulu.

Kedua, penyebaran gambar-gambar majlis pertunangan. At this point, aku rasa kawan-kawan aku dan juga senior-senior aku sangat bertuah sebab akhirnya dorang dah semakin dekat dengan alam perkahwinan. Sekali gus mengingatkan aku bahawasanya umur aku ni bukan muda lagi dah. Ni yang tak best nak cite ni.. heh. Dorang semua sangat sangat sangat sangat sangat la chantek masa hari pertunangan masing-masing! Mana-mana yang otai sekolah dan muka-muka ganas masa zaman sekolah dulu, semua berubah jadi cun. Bila aku tengok gambar-gambar yang di-tag kat aku, mesti aku senyum sorang-sorang. Alahai indahnya..

Ketiga, kalau dah tunang, pastu buat undangan bagai, mesti la langkah seterusnya adalah KAHWIN. Aku tersangat la happy bila kawan-kawan dapat disatukan dengan pasangan masing-masing. Ada yang memang bercinta dari zaman sekolah dulu. Ada jugak yang zaman sekolah dulu couple dengan entah sape-sape tapi akhirnya kahwin dengan orang lain. Itu semua namanya jodoh. Bukan ke semua tu Allah dah takdirkan? Untung jadi dorang. Aku tengok dorang ibarat bertanding sesama sendiri dalam bab pemilihan baju kahwin, kemeriahan majlis dan jugak penampilan masing-masing masa hari nikah. Mana taknya, dorang semua sangat gorgeous! Warna tema yang dorang pilih sangat chantek. Jeles aku.

Kawan baik masa aku form 6 dulu, Bella, dah nak bersalin dah. Aku? Masih di sini berteman sepi. Ceh. Kalau ikut plan incik sayang, tahun ni kami nak ikat tapi pada aku semua ni terlalu awal. Aku agak tersepit sebab dia tak berapa suka bila aku cakap aku nak sambung belajar dan dia pernah cakap yang dia tak nak aku kerja bila dah kahwin nanti. See? It is so not me. Belajar adalah satu daripada impian aku dan bekerja pulak, pada aku satu keperluan untuk semua isteri sebagai langkah berjaga-jaga. Zaman sekarang ni takde yang mustahil. Macam-macam boleh jadi. Kami memang pasangan yang ala-ala yakuza gitu tapi kami romantik (eh apa ni..) cuma aku tak suka nak fikir kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku.

Secara jujurnya, aku memang sangat sangat sangat sangat sangat jeles dengan kawan-kawan yang nak atau yang dah kahwin. Huwaa! Agak-agak ada tak peluang aku nak pakai baju cecantik macam dorang? Sob sob sob. Ada tak peluang bakal mak mertua nak sarung cincin kat jari aku? Ada tak peluang aku nak dimekapkan macam supermodel satu hari nanti? Oh tidak.. semua ni sangat disturbing. Aku serahkan perkara ni kepada Allah SWT. Aku tak boleh nak follow member. Dorang kahwin, so aku kena kahwin? Tak. Perkara yang indah ni biasanya akan datang sepakej dengan tanggungjawab yang besar. Kalau kita belum bersedia, kenapa mesti paksa diri semata-mata nak seiring dan setanding dengan orang lain?

Incik sayang ada cakap yang dia dah ready dan baru-baru ni pun, dia ada propose aku. Dia propose aku kat bawah pokok pinang, masa aku tengah kerja dan masa tu hujan rintik-rintik. Pergh! Walaupun timing dan tempat tu macam tak kena, tapi aku faham. Masing-masing sibuk. Nak tak nak memang terpaksa jumpa time tengah kerja. Dia ada suruh aku tunggu untuk masa yang sesuai tapi aku ni macam budak-budak, tak reti nak sabar. Aku terlampau curious dengan apa yang dia nak bagitau. Ha, padan muka aku sendiri. Ok aku rasa jauh sangat dah aku melalut ni. Sikit lagi nak sampai Vegas.. haha.

Apapun, aku suka dengan stage alam dewasa yang kami semua kena tempuh ni. Biar ramai mana pun kawan-kawan aku yang nak kahwin, aku tumpang happy sebenarnya. Aku bangga sebab dorang berani nak galas tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu. Aku dapat rasa, tahun 2013 ni aku akan dapat lebih banyak undangan kahwin sebab kawan-kawan semua dah bagi hint tersirat. Hehe. Doakan supaya hati aku terbuka dan bersedia untuk galas tanggungjawab jugak. Indahnya berkahwin! Treng teng teng.. (sound effect)


p/s : Aku dah start usha baju-baju pengantin. Apakah..

Sunday, 21 October 2012

Hola Everyone!

Hai eberibadi.

So, last time aku update blog ni bulan Jun hari tu and now dah bulan Oktober.. Pheuw.. 4 bulan hiatus. Maka dengan ini aku rasa nak membersihkan sawang-sawang yang berlambak dekat blog ni. InsyaAllah lepas ni, aku boleh lah sentiasa update. Bukan apa sebenarnya, malas betul nak menaip. Tu je. Teehee. Oleh itu, I wanna say hi back to my blog!


Nak say hi kat followers pun, bukan ramai mana.. Haha.

Sepanjang 4 bulan hiatus (missing in action) ni, kehidupan aku Alhamdulillah ada turun naiknya.. Ala, orang kan selalu kata yang hidup ni umpama roda. Kejap kat atas, kejap kat bawah. Same goes with me lah. Aku dah pun resign dari company promotion space tu, salah satu faktornya adalah sebab lady boss tu perangai dia macam hagham. Apa pun, aku tetap ambik mana yang baik. Tu kira macam satu proses belajar pada aku. Belajar pasal kehidupan. Ye lah, tu baru satu hagham yang aku jumpa, kat luar sana beribu lagi tau nyah. Auww! Ok. Actually aku tak nak cite lagi pasal keje atau pasal mende-mende serius tu kat sini. Maybe next time.

Hari ni aku berasa amat stress disebabkan 3 mende. First, sepatutnya aku cuti tapi aku kena keje. Second, kecik hati dengan colleague sebab dia kata aku selalu masuk lambat keje tapi bila time balik selalu nak cepat (wtf). And third, dah 3 hari aku tak contact dengan cinta hati aku. Tsk. Sedih kan? Pada kamu di luar sana maybe rasa mende ni remeh kot. Tapi, aku memang macam ni. Mende kecik tu la kadang-kadang aku rasa macam big deal giler. So recently, pada bulan September lepas, ada lelaki ni proposed aku. So at the moment, feeling aku macam ni haa..


Nak tau kenapa? Sebabnya, at last ada jugak manusia yang tak kesah dengan perangai aku yang macam ninja ni. Alhamdulillah syukur. Hehe. Tapi bukan tu yang jadi percaturannya sekarang. Yang aku bengangnya, dia tak contact aku pun. Aku paham la yang nombor dia kena block (entah betul entah tak) tapi aku rasa kalau dia bebetul ikhlas dengan aku, dia takkan buat macam ni kot. Apa yang aku risau, kalau tiba-tiba satu hari nanti dia bosan dengan aku. Aku memang tak sesempurna mana. Kan aku dah cakap tadi yang aku ni ninja. Heh. But one thing for sure, pengalaman dah banyak mengajar aku untuk jadi seorang yang berhati-hati dalam membuat pilihan. Kalau bukan pengalaman aku pun, pengalaman memember banyak yang boleh dijadikan tempayan. Eh, dijadikan sempadan.

So, andai kata lah aku dapat tau yang dia main gila dengan aku (yelah, dah berapa hari tak contact kan), i'll just, Fuck You lah.. Aku memang seorang yang cepat dan mudah salah faham. Tapi ramai orang kata, bila aku bengang atau marah, aku tak cakap apa-apa, air muka aku dah cukup untuk bagitau semuanya. Ah gitu. So, to be honest, aku rindu sangat dengan dia. Tsk..


p/s : Kecelaruan minda di petang hari. Seriusly, aku pun macam tak sangka aku post mende mengarut ni as my comeback entry. Tapi kesah pulak aku.

Wednesday, 13 June 2012

Aku Tak Suka Share!

Oh hai.

Actually hari ni, mood aku tak berapa nak elok. Sebab.. sebab.. Tsk.. Nak cakap pun syahdu. Aku tak percaya dengan perkataan malang ni, tapi itulah yang selalu aku alami. First, that's why aku tak suka share apa-apa dengan orang lain. Tak kiralah share apa pun! Share kasih sayang la terutamanya. Baru-baru ni ada sorang member aku buat twitter. Disebabkan dia tak tau nak follow sape, dia pun follow la followers aku yang memang rapat dengan aku. Hari demi hari, aku rasa followers yang rapat dengan aku ni makin lama makin jauh dengan aku. Bila tweet pun, dorang macam takde modal nak borak apa dengan aku. Ya.. Aku tau cerita ni nampak macam masalah bebudak tapi berat tangan mengetweet, berat lagi bahu yang memikul. Tambahan pula, aku jarang online sekarang. Takat payung internet ofis aku ni jelah. Internet takde sebab aku ni berpindah randah. Nak beli broadband rasa macam tak penting pun menatang tu.

Ok. Berbalik kepada tajuk utama. Dari kecik, aku memang agak sensitif, cepat naik angin dan mudah sangat jeles dengan orang lain. Biasanya perangai aku tu tak lama, tapi bila dia dah mai, haa.. Semua mende jadi tekad je aku nak buat. Aku jugak tak paham, kenapa selalu kawan baik kita sendiri yang dapat kelebihan yang takde pada kita? Macam novel punya jalan cerita tu.. Aku bersyukur dengan apa yang aku ada. Tapi biasanya kelebihan tu tak kekal dengan aku. Maybe aku ni jenis diam sangat, tu pasal la orang sekeliling malas nak layan kot. Apa pun, aku agak tak puas hati lah. Even dia member aku pun, aku tetap rasa yang dia dah rampas semua orang yang baik dengan aku daripada aku. Ye lah.. Takkan aku nak cakap dekat dia pulak, "Hoi.. Ko jangan rapat dengan akak tu. Aku sengkeh kang.." Takkan gitu pulak kan? Aku masih rasional lagi maa.. Haha

Dari sudut positif, maybe sikap member aku ni yang peramah yang membuatkan semua orang senang dengan dia. Baiklah.. Berfikirlah dengan positif wahai otak, hati dan akal. Aku sedih. Tu je perkataan yang ada dalam kotak hati aku ni. Ecewah. Banyak memori masa zaman sekolah dulu yang membuatkan aku rasa insecure bila kawan-kawan aku ada kat sekeliling aku. Low self-esteem.

I need a hug! Tsk!



p/s: Saya tak cun macam kawan-kawan saya. Itu salah satu kelebihan mereka yang saya takde. Ok saya tau. Childish giler ayat.

Tuesday, 22 May 2012

Never Forget Your Past

[Bill Gates in a restaurant]


After eating, he gave 5$ to the waiter as a tip. The waiter had a strange feeling on his face after Gates gave the tip. Bill Gates realized it and asked; What happened?


Waiter: I'm just amazed because on the same table your son gave me tip of.. 500$.. And you, his father, the richest man in the world only gave me 5$..?


Gates smiled and replied with meaningful words;

Bill Gates: He is a son of the world's richest man, but I am a son of a wood cutter..





p/s: Never forget your past. It's your best teacher.

Friday, 13 April 2012

Ming And Weibo

Assalamualaikum.
First of all, yesterday was not a good day for me to be honest. I'm having fever, flu and cough. Package, so what? Straight to the point, I haven't open up my weibo account since last Friday as my busy schedule on Bella's wedding this week. Obviously it's just an excuse. Recently, I've being active on commented photos of Ming, which is, he is a Chinese actor in Malaysia. Whenever he upload his picture either his selca, his shooting scene or whatsoover, i'll LIKE it and comment on it. But, my post was like somebody always delete it. No wonder because his fans are almost teenagers. I mean, girls. So I complained to his weibo account and I told him what is going on and I feel so sad about this.

So yesterday, I opened up my weibo and saw that he replied me! OMG! I was like..


Am I dreaming or what? I never thought that he would even read my 'tweet' or some sort of a sad story..


And the HUGS part.. I can't even.. I mean, come on, i'm not cute like his other fans but still, he's being good with everyone including me. Unfortunately, I noticed this on 12th April 2012, Thursday, which is it was yesterday but he replied me on.. as you guys can see on the picture up there. Kinda late is it? But after all, i'm damn happy! Yeehaaaa!

p/s : He is so damn cute, charming and handsome. Yeah.. Obviously.

Friday, 6 April 2012

Coach For Ladies Only


Assalamualaikum.


Dari gambar kat atas ni, apa yang korang boleh nampak? Ye benar.. Tertera kat situ, COACH FOR LADIES ONLY. Haa.. siap bold kan lagi. Aku ada cerita sikit nak share pasal mende ni. Apa kena-mengena entry aku dengan menatang pink ni? Haa teruskan membaca. Teehee.

Ok, so semalam aku pegi jenjalan dekat MidValley. Bukan jenjalan la.. Ada hal sikit. Kena pegi cepat, kena balik cepat. Disebabkan aku dah lama tak naik komuter ni (lebih kurang setahun lebih gitulah) so aku semangat la kan. Kunun-kunun nak mengimbau kenangan zaman sekolah jenjalan dengan kawan-kawan. So aku tunggu dekat Subang Jaya nak ke KL Sentral. Perjalanan first ni ok je. Memang sesak jugak la sebab time tu orang semua baru balik keje.. agak wrong time. Dah sampai kat KL Sentral, aku turun tukar train. Masa tu kira pintu dah nak tutup so aku dengan penuh keayuan berlari-lari comel untuk menuju ke tempat yang masih kosong. Sebagai wanita dan salah seorang gadis ayu kat Malaysia ni, aku main masuk je dan oh, rupa-rupanya aku kat Ladies Coach ni. Kira ok sebab semua perempuan dan takde la awkward sangat. Tapi sama je kadar kesesakannya. Ceh!

Perjalanan nak menuju ke MidValley ni tak la lama tapi dengan mata aku ibarat menampung sekotak air mineral 500 liter, perjalanan terasa seperti setahun. Ok ini metafora. Abaikan. Dengan mata aku yang dah layu ni, ting! Rupanya dah sampai. Bila terbukak je pintu, aku rasa seperti aku ni seorang matador yang dirempuh oleh beribu-ribu ekor lembu ganas. Apesal aku cakap macam tu? Ye.. Sebenarnya aku tak paham dengan sikap manusia yang tak reti nak bersabar dan bertolak ansur ni. Apalah salahnya dorang bagi manusia yang kat dalam ni keluar dulu. Pastu baru la dorang masuk, kan? Agaknya kalau kakak aku tak tarik aku semalam, mungkin aku dah jadi seperti kertas yang direnyuk-renyuk.

Paling kesian, ada makcik-makcik yang bawak anak, yang mengandung, kena rempuh dengan manusia tak penyabar ni semalam. Paling mengecewakan, yang buat perangai macam ni adalah perempuan-perempuan Melayu yang bertudung dan pakai baju kurung. Aku tak tau mana dorang letak manners dorang, muka memang cun abis! Aku pun pakai baju kurung dan bertudung jugak semalam dan aku bukan kata aku ni baik sangat, but at least aku tak pernah buat perangai celaka macam ni even dengan orang yang aku tak kenal. Apepun, memang tobat la aku nak duduk kat area Ladies Coach ni dah lepas ni. Bior la aku duduk kat coach yang banyak mamat bangla ngan nepal, at least dorang tak pernah buat perangai merempuh macam ni.. (setakat ni la). Aku ingat pihak berkaitan buat Ladies Coach ni untuk elakkan pencabulan, perabaan, etc tapi rupa-rupanya nak asingkan perempuan-perempuan ganas. Ada otak, fikir. Ok, jangan terasa. Bai.

p/s : Terkilan sebab tak dapat tolong makcik, nenek, kekakak, bebudak semalam. Kesian sangat!

Friday, 30 March 2012

Mr. Booboo II

Assalamualaikum.
So hari ni, aku nak sambung ape yang jd pada hari kedua live streaming dengan band 5-L dan adik-beradik Stewart ni. Soalan aku untuk hari kedua tu banyak jugak tapi yang dorang noticed 3 je. Kira ok la tu kan daripada takde langsung. First, aku cakap dekat Davin tu suruh dia flip rambut dia..

Soalan pertama.
Soalan aku ni boleh kata semua respon sebab aku salah mention nama. Nama dia DAVIN.. not GAVIN. Haha. Si Fivel tu kata, "It's Davin. Not Gavin.." pastu dorang semua gelak. Ni reaction dorang yang sempat aku capture lepas dorang baca ayat aku tu :-


Cuba la korang tengok muka Booboo yang cute tuh! Mau aku tak ngigau malam. Heh. (err.. abaikan Fivel sebab masa tu ade orang panggil dia)

Then, aku send ni kat dorang :-

Soalan yang berupa arahan kepada Booboo.
Part ni, memang kelakar giler! Booboo memang respon dan dia kata dengan penuh semangatnye, "Oh hi Jiackjulai......................................" dan muka dia terus berubah.. sebab dia tak dapat nak pronounce dengan betul nama aku. Memang lawak giler la sebab muka dia berubah seratus peratus! Aku sakit perut gelak. Dah la muka dia cute giler mase dia mispronounce nama aku tu. Then aku send lagi,

Ayat penyata lagi.
Yang ni aku sekali send je terus Booboo noticed dan dia baca.. Pastu dia gelak then dia kata, "Oh Zack! It just.. I thought.." bla bla bla dan bla bla bla lagi. Entah apa dia cakap sambil gelak sebab nak cover malu. Aku pun tak dapat nak paham sebab dia tak berhenti gelak. Ni reaction dorang lepas baca ayat aku tu :-


Booboo la paling 'keri' sekali. Semua orang dok gelak kat dia. Ada la dalam 5 minit ada kot dorang dok layan ayat aku ni. Haha! Memang best. So far, aku dah ter'miss' 2 streaming dorang sebab aku on lambat. Agak kuciwa la.. Tapi ni pun dah kira best. dah la dorang mesra giler, baik pulak tu. Even Booboo ni actor Hollywood, dia memang mesra alam. Happynye aku..

5-L yang seriously peramah.
Setiap kali aku tweet dia, memang aku dalam list top 3 la yang dia akan reply. *sniff sniff* Best memang best sebab dorang baik. Kalo dorang tak ok, takkan ramai fans ye dok? I LOVE BOOBOOhttp://www.emocutez.com

p/s : Aku vampire, dia ware-wolf. Boleh ke? Haha.