Selepas setahun menganggur dan jalan-jalan sana sini, akhirnya aku rasa dah sampai masanya untuk aku buat something pada diri aku ni. Memang dalam setahun lepas aku rasa useless giler. Tak tau la pasal apa aku frust menonggeng sangat. First, application aku nak masuk U tak approve. So pada aku, fine.. Maybe takde rezeki aku lagi. Bukan niat aku nak menganggur lama-lama. Just paham-paham je lah situasi budak baru habis sekolah.

So semalam bermulalah episod aku kelam-kabut nak buat resume. Last aku buat resume masa aku form 5. Itu pun masa tahun 2008 dan untuk homework Bahasa Inggeris. Teacher Ruby punya homework la ni.. Dah memang style aku, jenis buat kerja last minute. Pada aku, kerja last minute ni banyak memberi ilham-ilham spontan yang tak diduga.. Puii.. Daripada meniarap sampai sakit pinggang, aku beralih ke posisi duduk dengan memangku lappy ni atas riba. Sakit montot pulak lepas tu.. Maka aku pun mencari idea lain.. Ting!
Rumah ni takde meja, maka kotak lah yang aku guna. Haha. Alhamdulillah aku ada dua orang kakak yang sangat baik hati, kiut, pemurah, bla bla bla (bodek) yang tolong aku. Kalau aku sorang, aku rasa aku hantar kertas kosong je kot. Haha. Aku sangat nervous ni nak pergi interview.
Ya Allah.. Kau permudahkan la urusan aku nanti.. Aminn.. Doakan aku ok jugak ok?
