I adore music. I love to act dumb, just to make you feel smart. People tell me I'm crazy... but at least I put myself out there. I'm not feminine, pink is just a color. One more thing, I'm blogging randomly, mostly about my life.

Monday 30 January 2012

Resume Oh Resume

Assalamualaikum.
Selepas setahun menganggur dan jalan-jalan sana sini, akhirnya aku rasa dah sampai masanya untuk aku buat something pada diri aku ni. Memang dalam setahun lepas aku rasa useless giler. Tak tau la pasal apa aku frust menonggeng sangat. First, application aku nak masuk U tak approve. So pada aku, fine.. Maybe takde rezeki aku lagi. Bukan niat aku nak menganggur lama-lama. Just paham-paham je lah situasi budak baru habis sekolah. http://www.emocutez.com Aku suka bekerja. Aku suka cari duit sendiri. Aku sukakan cabaran. Pada aku mende-mende tu semua la yang mengajar aku untuk jadi manusia yang lebih baik. Contohnya, masa aku baru habis SPM. Aku kerja sebagai cashier je kat Tunas Manja. Kerja tu memang sangat penat. Masuk awal dalam 6:30 pagi, balik dalam pukul 11:30 malam. Tapi aku puas dan aku suka. Yang aku tak sukanya, persekitaran baru. Aku ni jenis yang tak banyak cakap kalau dengan strangers. Aku memang pendiam. Lain tempat lain perangai kan..? Memang ada masanya aku rasa down.. Sebab kadang-kadang ada pergaduhan sikit, konflik matawang dengan customer yang bukan semua reti bahasa dan lain-lain lagi. Haha. Ape punya ayat daa.. Kadang-kadang aku fikir, kenapa aku kena kerja? Haa.. Sekarang aku dah jumpa jawapan dia.. Aku kena kerja sebab aku kena ringankan beban mummy terchenta aku. Hewhew. Ok abaikan.

So semalam bermulalah episod aku kelam-kabut nak buat resume. Last aku buat resume masa aku form 5. Itu pun masa tahun 2008 dan untuk homework Bahasa Inggeris. Teacher Ruby punya homework la ni.. Dah memang style aku, jenis buat kerja last minute. Pada aku, kerja last minute ni banyak memberi ilham-ilham spontan yang tak diduga.. Puii.. Daripada meniarap sampai sakit pinggang, aku beralih ke posisi duduk dengan memangku lappy ni atas riba. Sakit montot pulak lepas tu.. Maka aku pun mencari idea lain.. Ting!


Rumah ni takde meja, maka kotak lah yang aku guna. Haha. Alhamdulillah aku ada dua orang kakak yang sangat baik hati, kiut, pemurah, bla bla bla (bodek) yang tolong aku. Kalau aku sorang, aku rasa aku hantar kertas kosong je kot. Haha. Aku sangat nervous ni nak pergi interview. http://www.emocutez.com Ya Allah.. Kau permudahkan la urusan aku nanti.. Aminn.. Doakan aku ok jugak ok?

2 comments: